Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

Eid Mubaarak everyone!

>> Monday 29 August 2011





Assalamu'alaikum. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kasih dan rahmatNya kita masih dapat bernyawa hingga saat.detik dan ketika ini dimana bunyi mercun bingit sana-sini. Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita semua. Syukurlah,di hati ena pada saat ini tidak merasa kemeriahan raya seperti insan lain. bukan kerana kematian,xde mood atau lain2. tahun ini, ena dapat rasakan betapa bermaknanya Ramadhan yang Allah kurniakan. betapa ruginya insan2 yang x mmanfaatkan Ramadhan. Alhamdulillah. kalau tahun2 sebelum ni ena mcm xde 'perasaan',tahun ni ena ajk adik2 baca yassin tanda bersyukur kepada Allah. solat hajat telah ditunaikan. ena harap dapat bertemu dengan Ramadhan yang akn dtg. insyaAllah.if Allah wills it :)

Alhamdulillah. tadi ena call jaddi wa 'ammi. sebak didada xde sapa y tau. jaddi x bersama kami pada malam raya seperti tahun2 yang lepas. tahun ni berbeza sekali. sunyi tanpa arwah opah. kalau mngikut tahun2 sudah, ena wa usroti akn pegi umh opah dan kami sanak saudara akn berkumpul malam raya dan saling maaf-maafan.umh kitorang dekat2 semuanya kecuali pk alang.
time ena call jaddi, lemah je suaranya. ena sebak terus bg ummi ckp plk,.. nak hilang sebak,ana call 'ammi,ayh ngh.. x thn,ena tgok ummi nangis.sebak.. kesian jaddi.. nak buat mcmne tokki,tokki pilih jalan mcmni,kenalah terima. Allah dh tntukan.. 
nahnu sobba 'alaika ya habibi jaddi ! ! ! nahnu sobba 'alaika. kami rindu toki. rindu nk kumpul mcm dlu...
Allah.....

ena ada call jaddati  sebelah abi di paka. Alhamdulillah masih sihat .. cuma baru2 ni jaddati sakit2.,..
ena terkilan gk sbb x mpat nk bbuke sme2 nan jaddati this Ramadhan.. maaf ye tok. kak blik pun skli skle je.
kak sllu doakan tok ya! ana sobba 'alaiki!!!!!!!!!!

hmm ena tulis tntang ena.kaifa antum? ceritalah pd ena plk.. mesti antum sume happy je kan.. mmg patut happy.. :)
ena bukan x happy,.. happy sja mcm biasa,,.. cuma sedih sikit aje. ^^

ena terfikir,mcmne keadaan insan2 yang sekarang tidak berada di Malaysia dan di samping kluarga utk sambut raya? mesti sebak kan? hmm tabah dan sabar,itulah jihad thalibul 'ilmi. mabruk !
ena jga mau jai thalibul 'ilmi di luar Msia. hehe. insyaAllah.. If Allah wills it.. ^^

jadi , sedang kita seronok 'ber' mercun sane sini,jangan lupa utk doakan saudara mara terekat juga jauh hatta x kenal lgsg dan mereka se islam agar Allah meringakan siksaan ke atas mereka.. bayangkan.mereka sedang meratap dan merana. bila lagi kita? xde sape tau. usah lah terlalu leka.. 
ena mendoakan supaya TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM. Allahubbarik.

Eid Mubarak everyone ! hope Alah bless us always... Ameen YA RABB..

sekian sahaja.
tokki,opah,tok n tokki! ^^ sayanggg.. 
Allah,limpahkanlah rahmatMU ke atas mereka. ampunilah dosa2 mereka..

p/s : jangan lupe dtg ke baiti day 4 raya ni ^^ 2 SEPTEMBER !! huhu..
semga Allah meredhai kehidupan kita dan memanjangkan umur kta untuk mengutip amal2 utk dijadikan bekalan di akhirat kelak.
eid millad sa'id kembar2 ku!! walaupun berlainan tahun.. sapa 2 SEPTEMBER???
;) Allahubaarik. uhibbukum fillah..

assalamu'alaikum..

Ena.Binnabilhuda.

Read more...

Khabar gembira.

>> Saturday 27 August 2011





Sampaikan Khabar Gembira Ini.
Khabar gembira itu terdapat dalam lima bentuk:

Untuk orang awam yang mukmin diberitahu: Jangan takut, kamu tidak akan kekal dalam neraka bahkan kamu tetap akan mendapat syafaat para Nabi-nabi dan orang-orang solihin dan jangan sedih atau berduka atas kekurangan pahala dan kamu pasti masuk syurga.


Untuk orang yang ikhlas: Kamu jangan khuatir, kerana amalmu telah diterima dan jangan sedih terhadap kekurangannya pahala kerana kamu pasti mendapat pahala berlipat ganda.


Untuk orang-orang yang bertaubat: Kamu jangan khuatir terhadap dosa-dosamu, maka semua 35241_110812082303368_100001237302045_85630_5920080_nsudah diampuni dan jangan sedih terhadap pahala, pasti kamu dapatkan atas amalmu sesudah taubat.


Untuk orang-orang yang zahid. Kamu jangan khuatir semasa berada di padang mahsyar atau hisab dan jangan berduka sebab akan dikurangi pahalamu yang berlipat-lipat ganda itu, dan terimalah khabar gembira bahawa kamu akan masuk syurga tanpa hisab.


Untuk ulama yang mengajarkan kebaikan pada manusia. Kamu jangan takut dari dahsyat hari kiamat dan jangan berduka sebab Allah SWT akan membalas amalmu dengan syurga, juga orang-orang yang mengikuti jejakmu.




Sumber : Kitab Tanbihul Ghafilin

Ena.Binnabilhuda.

Read more...

Indahnya Mendapat Hidayah.




Assalamu'alaikum wbt.
Kaifahalukum?
Marilah kita sama-sama renungkan.





Setiap kita punya cerita sendiri. Ada yang dicanang-canang di kedai kopi. Ada yang tersimpan rapi. Walau apa pun cerita kita, kita tetap sama, punya rasa yang serupa.

Aku begini, kau begitu. Cara sahaja yang berbeza dan malam ini, tiada beza seperti malam-malam yang telah berlalu. Saya masih di sini, di rumah. Jasad di sini. Jiwa melayang entah ke mana. Akan tetapi bukan itu isunya yang utama.

Kepulangan kali ini nyata berbeza dengan yang sebelumnya. Bukankah hidup perlukan perubahan? Dan perubahan itu sepatutnya menjadi sesuatu yang lebih baik. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga orang-orang di sekeliling. Ironi sekali perubahan itu tidak berlaku di sana, di United Kingdom.

Sebaliknya di sini, di Malaysia. Akan tetapi segala persediaan dan proses menyiapkan diri berlaku di sana. Cuma di sini yang terdetik hati setelah dibulatkan tekad. Hidayah Allah itu sangat indah bukan?

Apa yang kita perlu buat hanyalah usaha. Sama ada mahu atau tidak dan sejujurnya, perubahan yang berlaku mengambil masa tidak sampai dua minggu. Bermula dengan berjinak-jinak dengan skirt labuh dan seterusnya blaus yang longgar, akhirnya membawa kepada jubah yang labuh dan sangat longgar.

Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang benar.
Sekian.


Ena.Binnabilhuda.

Read more...

Jamuan Raya|Day 4/2 September.

>> Friday 26 August 2011


Assalamu'alaikum.

alhamdulillah. tenang shj pagi ni. sobaahalkhair !  :)
selamat berpuasa sohibiti sklian.
dan selamat membuat persiapan raya. berbelanja ingat Allah. duit itu datang dari mana? dari Bank Nasional?
Bank Islam? Tabung Haji? :)
Allah pastinya !
Ramadhan dh nk tgglkan kita. ape rase? gembira? sedih? ada semua kan..
izan, jgn lepaskan peluang yang masih ada. peluang kita sebagai hamba Allah yang ingin menambah amal.
bulan ni lah para pedagang yang ikhlas akan mendapat keuntungan besar. kitalah pedagang2 itu.

alhamdulillah. hari ni sabtu. 2 hari lpas ena smpe di rumah. dari SMKAKA tentunya.
sekarang sedang tumpukan kerja2 pembersihan. hehe :P
dan ena jge sedang bertungkus lumus menghabiskan kuih raye dari mu'allimiina. tau2 la kan ape die jenis kuih raye tu.. -,-

baiklah. ena sudah menjemput rmai kawan2 utk dtg ke sedikit jamuan sempena eid mubarak ini dan maulud ena. :)
sesiapa y mngnali ena, scre x lgsg ena mnjemput kalian. jemputlah ye ! ^_^
ummi ena mmg suka menjamu tetamu. kate ummi: "tetamu yang dtg ibarat akn pulang dan membuang dosa2 kita ke laut "  ha best kan? ena pun suke mnjamu kawan2 ena. jadi jgn segan2. :D

2 SEPTEMBER.
tarikh keramat nih.

ena rmai gk kembar. hehe.
-ukhti mizah
-aisyah
-akhi

semoga Allah merahmati kalian.

ena harap jamuan berjalan lancar. dengan limpahan rahmat dan redha-NYA.
semoga Allah memberkati tetamu2 yang hadir.
Allah Maha pengasih. amin :)

setakat ini dahulu.
ada sesuatu y ena akn kongsi. tapi malas lagi nak menaipnye. kerja pun betimbun. jadi nantilah ya ..
salam 4 now..

edited by:Ena.Binnabilhuda. ^^


Ena.Binnabilhuda.

Read more...

>> Friday 19 August 2011

Subhanallah|Glory Be To Allah
Assalamu'alaikum.

11:38 malam
ena berpeluang utk tido lewat. xD
ena nk kongsikan satu cerita.

strategi Nabi Sulayman alayhissalam.

suatu hari , datang seorang pemuda kepada beliau dan mengadu. "ya Nabi Allah,jiran aku telah mencuri angsaku" Nabi Sulayman berkata, " ayuh semua,kita solat berjemaah."
selepas khutbah, beliau berkata.
" ada dikalangan kamu yang mencuri seekor angsa dan dia masuk ke masjid dalam keadaan bulu angsa di atas kepalanya."
terus seorang pemuda mengusap kepalanya.
"tangkaplah rakan kalian itu kerana dia telah mencuri angsa itu"

faham?
sepandai-pandai tupai melompat,jatuh ke tanah juge.. ^_^

Ena.Binnabilhuda.

Read more...

Glory be to Allah



Alhamdulillah.
rabbishrahli sodri wayassirli amri wahlul 'uqdatanmillisani yafqahu qouli.
amma ba'.
pertama-tamanya ena ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ILAHI atas keizinan-NYA,ena masih dapat berjalan di medan dakwah yang luas ini.
                                           
dulu ena punye blog yang ni -
http://binnabilhuda.blogspot.com/

tapi entah camane dah jadi x berapa betul.
x mengapa x mengapa. ena akn teruskan usaha dalam berdakwah mengikut kemampuan ena.insyaAllah.
ena mungkin hanya dapat mengongsi cerita teladan dan tips2 dan apa2 sahaja. mix.
jadi ena mengharapkan sokongan antum untuk ena kembangkan lagi usaha ena dan jika antum tahu sesuatu yang boleh membuatkan blog ini lebih ceria, ana mengalu-alukan.
nak tarik minat pembaca kena lah buat ceria-ceria skit kan. ape2 ajelah.

Glory Be to God
subhanallah.
tajuk ini menjadi pilihan ena setelah ena mendengar lagu dari mesut kurtis.-I think Of You.
:D

baik2.
xperlulah ena kenalkan diri ena disini.
kalau nak kenal juga, sila lah add ena di facebook.
semoga antm dirahmati Allah.
Allahubaarik.

Ena.Binnabilhuda.



Read more...

kelebihan solat sunat tarawih :)

>> Thursday 18 August 2011






1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti  baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Read more...

Syukran :)

Jazakallah.

Ini yang kita inginkan.

Halwa uzunun :D

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP