Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

Asbabun Nuzul Annas dan Al Falaq.

>> Wednesday 30 November 2011


Assalamu'alaikum wbt.

Surat An-nas ini terdiri atas 6 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah surat Al Falaq. Nama An Naas diambil dari An Naas yang berulang kali disebut dalam surat ini yang ertinya manusia.

Pokok-pokok isinya:
Perintah kepada manusia agar berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan yang datang ke dalam jiwa manusia dari jin dan manusia.

Asbabun Nuzul Surah An-Naas:
Imam Baihaqi di dalam kitab Dalaailun Nubuwwah-nya mengetengahkan sebuah hadis melalui jalur Al Kalbi yang diterimanya dari Abu Saleh, Abu Saleh menerimanya dari Ibnu Abbas r.a. Ibnu Abbas r.a. menceritakan, bahwa Rasulullah saw. mengalami sakit keras, lalu dua malaikat datang menemuinya. Salah seorang duduk di sebelah kepalanya sedangkan yang lainnya di sebelah kakinya.

Malaikat yang berada di sebelah kedua kakinya berkata kepada malaikat yang berada di sebelah kepalanya: "Apakah yang kamu lihat?" Malaikat yang berada di sebelah kepalanya menjawab: "Thabb". Malaikat yang berada di sebelah kakinya bertanya: "Apakah Thabb itu?" Ia menjawab: "Sihir".

Malaikat yang ada di sebelah kakinya bertanya: "Siapakah yang menyihirnya?" Ia menjawab: "Lubaid Al A'sham orang Yahudi". Malaikat yang berada di sebelah kakinya bertanya: "Di manakah sihir itu disimpan?" Malaikat yang ada di sebelah kepalanya menjawab: "Di dalam sumur keluarga si Polan, ia terletak di bawah sebuah batu besar dalam keadaan terbungkus".

Kemudian mereka berdua mendatangi sumur itu, lalu mereka menguras airnya dan mengangkat batu besar, kemudian mereka mengambil buntelan itu lalu membakarnya. Dan pada waktu subuh, yaitu pagi hari dari malam itu Rasulullah saw. mengutus Ammar ibnu Yasir beserta beberapa orang lainnya untuk mengambil buntelan sihir itu.

Lalu mereka mendatangi sumur tersebut, tiba-tiba sesampainya mereka di sana melihat air sumur itu seakan-akan berwarna merah darah. Selanjutnya mereka menguras air sumur tersebut lalu mengangkat batu besar yang ada di dalamnya, lalu mereka mengeluarkan buntelan sihir kemudian langsung membakarnya. Ternyata di dalam buntelan itu terdapat seutas tali yang padanya ada sebelas buhul atau ikatan.

Kemudian diturunkan kedua surah ini kepada Rasulullah saw., setiap kali beliau membaca satu ayat dari kedua surah tersebut terlepuslah satu ikatannya.

Kedua surah tersebut; yang pertama dimulai dengan firman-Nya, "Katakanlah!, 'Aku berlindung kepada Rabb Yang menguasai subuh ...'" (Q.S. Al Falaq, 1)

dan surah yang kedua diawali dengan firman-Nya, "Katakanlah!, 'Aku berlindung kepada Rabb manusia...'" (Q.S An Naas, 1) Asal hadis ini mempunyai Syahid di dalam kitab Sahih hanya, tanpa disebutkan turunnya kedua surah tersebut;

akan tetapi turunnya kedua surah itu memiliki Syahid yang lainnya yang memperkuat Asbaabun Nuzul kedua surah itu.

Imam Abu Na'im di dalam kitab Dalaail mengetengahkan sebuah hadis melalui jalur Abu Jakfar Ar Raazi yang ja telah menerimanya dari Ar Rabi' ibnu Anas, kemudian Ar Rabi' telah menerimanya pula dari Anas ibnu Malik r.a. Anas ibnu Malik r.a. menceritakan, bahwa ada seorang Yahudi berbuat sesuatu terhadap Rasulullah uaw. Maka karena hal tersebut, Rasulullah saw. mengalami sakit keras, ketika para sahabat datang menjenguknya, mereka mengira, bahwa hal itu hanyalah diakibatkan saki biasa.

Kemudian datanglah malaikat Jibril dengan membawa turun kedua surah ini; malaikat Jibril segera mengobatinya dengan membacakan kedua surah itu. Lalu Rasulullah saw. keluar menemui para sahabatnya dalam keadaan sehat dan segar-bugar.


Ena.Binnabilhuda


Comment Back Myspace Comments

Read more...

Fitrah Insan :D




CERITA INI TIDAK ADA KAITAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG TELAH MATI. hehe*


Segala-galanya bermula dari laman sosial Facebook. Fitrah mengimbas kembali. 3 tahun yang lalu...~

***

Komputer peribadi miliknya dibuka. Hujung minggu begini pasti dirasakan bosan. Laman sosial Facebook dibuka dan terus meng-lon in Facebooknya. Dia mengeluh perlahan. Juga tiada apa-apa nak dibuat. Tapi bila dilihat ada seorang pengguna Facebook yang asing baginya telah meng-add nya as friend, mouse di box accept. Terus dibuka Facebook milik pengguna tersebut. Namanya Nik Amri. Amri? Setahunya tidak ada diantara kawan-kawannya yang bernama Amri. Mungkin sekadar menambah kenalan. Terdetik hatinya untuk membuka photo Nik Amri tersebut. Ouh, Mesir. Terlintas perasaan kagum di sudut hatinya. Tangannya berhenti menekan mouse apabila tiba di satu gambar. Kelihatan pelajar islam Malaysia sedang membuat persembahan nasyid. Semuanya lelaki. Matanya tertancap pada seorang pelajar yang berada di barisan belakang semasa membuat persembahan. Gambarnya di tag dan sebaris nama yang mungkin Facebok milik pelajar tersebut. Tanpa berfikir panjang dia menekan box add as firiend. Entah kenapa. Dia tidak pasti apa tujuan sebenar dia meng add pelajar lelaki tersebut. Setelah setengah jam dengan Facebooknya, dia mengambil keputusan untuk 'log out' kerana matanya terasa berat meminta lelap seketika.

***

"Salam, anti belajar dalam bidang apa di Al-Azhar?" tanpa diduga, sebaris nama yang seperti pernah dijumpa menghantar mesej di chat box. Penghantar tersebut adalah Muhammad Thaqib iaitu pelajar lelaki yang pernah di add sebelum ini. Pelik juga. Apesal budak ni tanya pasal study kat Al-Azhar ni? Soal Fitrah di dalam hati. Spontan dia menepuk dahinya. Oh! Baru dia teringat, info di profilenya menyatakan dia sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Main-main, bukan betul pun. Tak sangka lelaki ini percaya. Salah aku jugak, detik hatinya. Sengih terlarik dibibir. Laju dibalas juga kiriman salam itu. Untuk apa pun dia tak pasti. Begitu lama juga mereka berchatting:

Fitrah: Wasalam. Asif. Ana main tulis je tempat belajar tu kat sana tapi tak pernah pergi pun :):)
Thaqib: Eh? Laa yeke? Hmm, tak sangka mauluduna tusawi .
Fitrah bertambah hairan. Tarikh lahir sama? Terus di buka profile si Thaqib. Ha'ah, yelahh. Tak sangka betul.

Fitrah: Lah, yeke? Tak perasan pulak. Tapi tahun lain-lain.
Thaqib: Eh, bukan sama jugak ke?

Fitrah melarik sengih lagi. Haha, kalau ikut kat profile tu sama lah kut. Memang Fitrah tidak meletakkan maklumat yang sebenarnya di Facebook atas arahan walidnya.

Fitrah: Ouh, taklahh. Ana muda 4 tahun dari anta. Maklumat dekat profile ana tu tak betul mana pun.
Thaqib: Oww, gitu pulak? Takpela kan, sambut tarikh sama-sama jugak kann ;);)

Tergamam Fitrah seketika. Ahh, Thaqib cuma bergurau, detik hati kecilnya.

Fitrah: Haha, a'ah :):)

Perbualan mereka selama beberapa minit telah memberikan Fitrah sedikit maklumat tentang lelaki tersebut. Rupa-rupanya Thaqib pelajar di salah sebuah Maahad Tahfiz di Mesir. Dia telah menghafaz 28 juzuk Al-Quran dan sedang berusaha mengkhatamkan hafazan sebelum hujung tahun. Pemuda ini berasal daru negeri Perak.
Fitrah termenung. Aku ni dah tersangkut ke? Dalam diam Fitrah beristighfar. Takut benar jika dia terpesong. Na'uzubillah min zalik, mintak simpang.
Fitrah terus berwudhuk untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha 2 rakaat. Memang sudah menjadi kelazimannya.
Dalam bait-bait doanya Fitrah dengan penuh rasa tawadhuk berdoakepada Allah agar dirinya tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Tidak lupa juga untuk menitipkan doa buat mualimun, sahabat serta saudara maranya dan yang paling utama mestilah, walid dan uminya :):)

bersambung ...
.
  • November 14
    Binnabil Huda
    • 6 bulan berlalu, dan dalam tempoh tersebut juga, hubungannya dengan Thaqib semakin rapat atas nama sahabat. Tetapi itu tetap merunsingkan Fitrah. Apa benar sahabat? Mereka jarang berhubung.
      Lebih sukar apabila di tempat Thaqib belajar, kemudahan telah disekat dan para pelajar akan dibawa keluar ke bandar sekali sebulan untuk berhubung dengan keluarga.
      Fitrah hanya menganggapnya sebagai seorang abang. Abang yang selalu menitipkan kata-kata yang semangat kepadanya tapi dia sedar, Thaqib bukan mahram baginya. Batas tetap perlu dijaga.
      Kini, 2 bulan sudah hilang tanpa berita. Apabila Thaqib online, dia tidak online dan begitu juga sebaliknya. Seperti ada yang menghalang. Fitrah sedar. Syukur dipanjatkan. Mungkin Allah ingin menjaganya.

      Fitrah telah diterima ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Doa dan syukur tidak henti-henti diucapkan. Fitah sangat bersyukur. Setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Akhirnya tercapai hasrat ingin memberikan kejayaan itu kepada ummi dan walidnya.

      Setelah genap 3 tahun belajar, Fitrah telah menggenggam ijazah. Hasratnya ingin menyambung pengajian di Timur Tengah. Berkat doa dan kesabaran serta semangat, Fitrah telah melanjutkan pelajaran ke Universiti of Jordan. Pengajian disana selama 3 tahun.
      Fitrah pada awalnya berat hati ingin meninggalkan keluarga akhirnya telah bersetuju juga apabila ummi dan walid serta adik beradiknya tidak putus putus memberi semangat.
      Dirinya kini sudah dapat dibiasakan di Tanah Arab ini. Begitu bersyukur kerana akhirnya dia berpeluang menjejakkan kai di bumi anbiya ini.

      ***

      "Fitrah, akak keluar kejap nak beli barang dapur. Dah makin lesap kat dalam almari tu nampaknya." Kak Ifti selaku ketua yang dilantik mereka di rumah yang mereka sewa, sangatlah bertanggungjawab dan bersifat keibuan. "Baik akak, jalan baik-baik. Nak Fitrah temankan tak?" pelawa Fitrah. Bimbang juga membiarkan Kak Ifti sorang-sorang keluar. Sebarang kemungkinan mungkin saja berlaku. "Eh, takpe takpe. Fitrah kan dah penat kelas harini marathon. Non-stop sampai takde free time kan? Takpe, kedai tu pun dekat je." memahami. Itulah sikap Kak Ifti yang membuat mereka bertambah sayang.

      "Kak Ifti mana?" Solehah yang muncul dari dapur menyoal Fitrah setelah gagal menangkap kelibat Kak Ifti di ruang tamu.
      "Keluar beli barang dapur" jawab Fitrah ringkas sambil tangannya tidak jenuh menaip sesuatu di laptopnya.
      "Anti buat apa?" Solehah telah pun duduk disebelah Fitrah sambil menghulur mug yang berisi Nescafe kepada Fitrah.
      "Syukran. Tengah siapkan tugasan Prof Amar" jawab Fitrah.
      "Oh. Fitrah, anti dah siapkan kertas kerja untuk lawatan ke UAA tu nanti? Kata Prof Ghafar, minggu depan lawatan akan bermula." Solehah membuka topik pasal lawatan yang bakal diadakan di Universiti Al-Azhar, Mesir. "Oh, sudah. Tapi belum hantar untuk ditandatangan. Ana kesuntukan masa nii. Hesh, nak buat macam mana ni?" Fitrah bersandar di sofa. Keluhan ringan dilepaskan. Mengapalah semua tugas yang berat digalaskan ke bahunya? Astaghfirullah, pantas dia beristighfar. "Takpe, biar ana hantarkan kepada Prof Ghafar. Anti janganlah stress sangat. Patutnya anti bersyukur kerana sudah pasti Prof menaruh kepercayaan kepada anti untuk lakukan tugas-tugas penting." tegur Solehah. Kesian juga melihat keadaan Fitrah yang tertekan. "Hmm, betul cakap anti. Tak patut betul ana mengeluh. Terima kasih banyak-banyak. Barakallah! Anti lah sahabat ana dunia akhirat." lantas dipeluk Solehah. Keakraban antara mereka memang utuh. "Dah lah. Jangan nak difikirkan lagi." Fitrah membalas senyum.

      ***

      "Baiklah, seperti yang telah kita atur sebulan yang lalu, akhirnya, Alhamdulillah, tercapai juga hasrat meninjau Universiti Al-Azhar ini." Hilal, selaku penyelaras program sedang memberi taklimat tentang lawatan mereka. Fitrah, Solehah juga peserta yang lain mendengar dengan khusyuk dan sesekali mencata isi-isi penting yang diberikan.

      Setelah 3 hari berkampung di Universiti Al-Azhar, para peserta dibenarkan untuk keluar ke bandar. Fitrah dan Solehah singgah di kafe siber untuk menghubungi keluarga.
      Kelihatan ramai juga pelajar-pelajar yang berkunjung ke situ. Solehah mengambil tempat kosong di bahagian depan manakala Fitrah ke belakang.
      Laman Facebook dibuka. Kelihatan Fahima, adiknya yang sekarang berada di tingkatan 5 sedang online. Mereka bersembang dengan gembira. Macam-macam cerita yang nak disampaikan daripada dua-dua belah pihak. Perasaan rindu yang mengcengkam di dada.
      Sedang asyik bersembang melalui chat box, ada seorang yang menyapa Fitrah dalam chat box yang lain. Thaqib! Tergamam Fitrah. Sudah lama benar mereka terputus hubungan.

      Thaqib: Salam. Lama tak dengar khabar. Kaifahaluki? Anti di mana ni?
      Fitrah: Wasalam. Ya, ana ada di kafe siber. Kami buat lawatan ke Al-Azhar.
      Thaqib: Al-Azhar? Anti dah further study kat Middle East ke? Ana langsung tak tahu. Anti di kafe siber mana?
      Fitrah: Asif. Ingat dah lost contact. Kafe siber sebelah kedai bahan mentah di bandar.
      Thaqib: Sohih?
      Fitrah: Na'am

      Tiba-tiba Solehah memanggil. "Fitrah,anti dah selesai belum?" lantang juga suara Solehah. Solehah terispu malu sendiri apabila beberapa orang berpaling ke arahnya. Jelas terkejut. "Asif, asif." ucapnya. Fitrah tertawa dalam diam. Tanpa disangka, matanya bertembung pandang dengan seorang pemuda yang duduk selang satu kerusi darinya. Pemuda itu juga sedang merenungnya. Cepat-cepat Fitrah mengalih pandang. Aneh? Mengapa orang tu tengok cenggitu?
      "Eh, Fitrah, jomlah ana dah lapar." rengek Solehah. "Oh, err, ya, yaaa. Okay, jom pergi makan." terus dicapai beg sandangnya dan baru beberapa langkah dia hendak meninggalkan kafe siber itu, namanya dipanggil. Asing sekali suara itu. Garau. Siapa ya? "Fitrah berpaling terkejut. Pemuda tadi? Macam mana? Err, kenal aku pulak? Ishh, seram. Solehah ikut berhenti.

      bersambung..

  • November 14
    Binnabil Huda
    • "Fitrah? Anti Fitrah ke?" pemuda tadi menyoal. Ada riak bersalah di mukanya. "Err, na'am. Ana Fitrah. Man Anta (awak siapa)?" Fitrah memberanikan diri bertanya. Pemuda tadi melarik senyum tapi anak matanya tidak bertentang dengan anak mata Fitrah. Jelas sekali, pemuda ini amat menjaga pandangannya, detik hati Fitrah.
      "Ana, Thaqib." Mendengar sebaris ayat itu tubuh Fitrah terasa kejung. Tidak boleh bergerak. Dadanya seolah membeku. Jantungnya seperti berhenti berdegup atau berdegup kencang tika ini. Tergamam Fitrah seketika. Tiada kata yang mampu diucap. Solehah yang memerhati menjadi hairan akan dua insan di depannya. Apa dah jadi? Soalan Solehah hanya bermain di benak tidak terlahir di bicara.
      Bagi Fitrah, ianya seperti mimpi. Tak mungkin. Tapii.. argh! Dia tak pernah terfikir akan pemuda yang hanya dikenal di dalam Facebook akan bertemu empat mata dengannya. Bagaimana dia tak perasan. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan bicara.
      "Maaf, anti tentu terkejut. Ana pun terkejut juga sebenarnya. Memang tak sangka kan? Hebatnya rancangan Allah." Thaqib menunduk sedikit. Fitrah mengumpul segala kekuatan yang ada. "Ya, benar. Ana tak pernah menjangkakan semua ini. Memang hebat rencana Allah. Asif, ana perlu beredar sekarang."
      Thaqib hanya melihat kelibat Fitrah menghilang. Wanita yang selama tak pernah menunjukkan muka di dalam Facebook kini sudah berdepan dengannya. Benarkah? Apa maksud semua ini? Thaqib meraup wajahnya yang putih bersih itu. Istighfar .. Langkahnya disusun menyertai rakan-rakan yang lain. Walaupun jasadnya bersama mereka tapi fikiran tidak turut serta.

      "Fitrah, anti kenal ke pemuda tadi? Siapa namanya? Thaqib ya?" Solehah menyerang Fitrah dengan soalan bertubi-tubi. "Hmm, takdelah kenal sangat. Kenalan Facebook je. Tak sangka akhirnya bertemu empat mata. Fitrah seakan hilang minat untuk bercerita. Mungkin masih terkejut.
      "Eh yeke? Wah bestnya." Solehah membuat muka terujanya. "Cerita lah dekat ana kisahnya." Solehah memujuk Fitrah menceritakan segala-galanya. Akhirnya Fitrah mengalah dan terus bercerita dari A ke Z.
      "Wah, ada jodoh ni." komen Solehah. Fitrah termenung. Ah! Usah difikirkan. Mungkin hanya kebetulan. Bentak hatinya. Kerja yang terbengkalai tadi diteruskan. Dek khusyuk menyiapkan tugasan, terus dilupakan peristiwa siang tadi.

      ***

      Tesergam indah sebuah banglo tiga tingkat milik Datin Khairiah. Dia berjalan ke arah pintu sesudah memarkir keretanya di tepi banglo tersebut. Loceng ditekan. Kelihatan Ami, pembantu rumah Datin Khairiah melangkah keluar mendapatkannya. "Eh, Cik Marlina. Jemputlah masuk. Datin ada di dalam." pelawa Ami lantas membuka pintu memberi laluan kepada Marlina. "Assalamualaikum." salamnya dijawab dari ruang tamu. Datin Khairiah tersenyum mesra. "Waalaikumussalam. Haa, Lina, jemput duduk. Lama tak bertandang ke sini ya. Bila Lina balik?" Mereka duduk di atas sofa yang empuk. Marlina mengukir senyum. "Baru je sampai minggu lepas." jelasnya. "Ish, cara bercakap macam baru sampai pagi tadi je." Marlina tersengih. Perbualan mereka berkisar kehidupan masing-masing terhenti apabila Ami menghantar minuman dan kuih-muih. "Terima kasih Ami. Ucap Datin Khairiah. Marlina mengangguk kepala tanda terima kasih.
      "So, bila nak ajak aunty makan nasi minyak ni?" usik Datin Khairiah.
      "Lambat lagi kot aunty. Calon pun takde lagi." balas Marlina. Keruh sahaja wajahnya. "Ish, muka sikit punya cantik takkan tak ada yang tersangkut kut?" soal Datin Khairiah hairan. Marlina menggelengkan kepala tanda tidak mahu menyebut hal itu lagi tapi Datin Khairiah seakan semakin berminat untuk berbincang. "Beginilah, apa kata aunty satukan aje Lina dengan anak bujang aunty tu." Datin Khairiah tiba-tiba memberi cadangan. Berkerut dahi Marlina. Jelas riak kaget di wajah. Masakan tidak. Lelaki yang sudah lama bertakhta di hati.
      "Macam mana? Lina setuju tak?" soal Datin Khairiah apabila tidak melihat respon Marlina. "Oh, err, Lina. Kalau Thaqib setuju lah." Marlina tersenyum kemenangan. Mudahnya!
      "Kalau macam tu senang aje. Bulan depan si Thaqib balik, nanti aunty cakap dengan dia." beritahu Datin Khairiah. Senang hatinya jika dapat bermenantukan Marlina. Tuannya bukan sahaja cantik, berpelajaran pula!
      "Terima kasih aunty. Lina memang harap dapat suami sebaik Thaqib." sopan bicaranya. Alahh, cover laa. Nak tackle anak mesti kena tackle mak dulu.
      Setelah lama berbual, Marlina meminta diri untuk pulang.
      "Nanti datanglah lagi. Aunty boring duduk rumah sorang-sorang ni. Lina datang, boleh jugak bawa sembang kan." pelawa Datin Khairiah. Wah, pucuk dicita ulam mendatang. Inilah peluang aku. "Ya aunty, nanti saya datang lagi." janjinya pasti. Ya, pasti!
      "Jalan elok-elok." pesan Datin Khairiah persis ibu menasihati anak kecilnya.

      bersambung..

  • November 16
    Binnabil Huda
    • Thaqib, Hamdi, Hilal dan Ammar berkumpul di meja makan untuk makan malam. Hidangan lauk pauk yang beraneka jenis membuka selera mereka. "Wah, sedap betul kau masak!" puji Hamdi ikhlas. "Ha'a laa Thaqib, terror jugak kau bab-bab masak ni ekk." sokong Ammar sambil menambah nasi. Thaqib hanya tersengih. "Syukran. Nanti boleh la korang masuk kelas masak dengan aku ekk." balas Thaqib gurau. "Eh eh, takmau lah aku, nanti kau tak masak dah. Aku pulak kena masak kang." Hilal yang dari tadi senyap turut menyampuk membuat mereka yang lain tertawa. Faham benar perangai sahabat mereka seorang ni. Anti-dapur.
      "Yelaa tu. Nanti dah kahwin nak harap kat bini jelah ek?" balas Hamdi. Mereka sekali lagi ketawa. Entah apa yang lucu sangat. Tapi itulah simbol keakraban mereka.
      Gilir-gilir mereka membayar sewa rumah. Tak seorang pun merungut. Masing-masing saling memahami.
      "Aqib, kau balik hujung bulan ni?" soal Hilal apabila mereka duduk berehat menonton televisyen.
      "Ha'ah." jawab Thaqib. "Aku pun nak balik tapi mak aku tak bagi." Thaqib menoleh ke arah Hilal dengan kerutan di dahi. Hamdi dan Ammar menggaru kepala yang tidak gatal. "Apehal pulak?" Hamdi menyoal. Hairan. "Err, sebab.. aku.. err, tak terima pilihan diorang nak buat jodoh." jawab Hilal tertunduk malu. Mungkin cara Hilal bercakap mengundang rasa geli hati pada yang lain menyebabkan mereka ketawa terbahak-bahak.
      Berkerut wajah Hilal memandang mereka. "Apa yang kelakar sangat?" soalnya naif. "Err, habis kenapa kau tak terima?" Hamdi bertanya lagi sambil mengesat matanya yang berair. Semangat sangat ketawa. "Budak perempuan tu janda dan ada anak. Umur pun 36." laju sahaja dia menerangkan siapa perempuan pilihan orang tuanya.
      Tanpa disangka-sangka Ammar terjatuh dari kerusi sambil menekan perutnya yang senak ketawa. Excited sangat ketawa kat orang ekk. Yang lain boleh lagi nak cover. Hilal mendengus geram. Thaqib meletakkan tangannya ke bahu Hilal, dengan tawa yang masih bersisa tapi bijak disembunyikan. "Cenggitu ek? Kau balik jelaa pastu explain la cerita sebenar. Takkan ibu kau tak faham kot." Thaqib memberi keyakinan kepadanya. "Yalah, aku fikir." "Hilal, sorry tapi kenapa mak kau nak jodoh kan dengan perempuan tu? Kelakar laa." Ammar bertanya jujur sambil membetulkan duduk di atas sofa. Hamdi hanya tersengih dan memerhati. "Hmm, mak aku kesiankan dia. Dah lah janda, anak kecik-kecik lagii." ujar Hilal. Mereka mengangguk faham.

      Setelah menikmati segelas kopi, masing-masing naik ke bilik tidur. Thaqib membuka laptopnya untuk mengemaskini foldernya. Tiba-tiba.. dia teringat pertemuan yang tak disangka di kafe siber tempoh hari. Terbayang-bayang wajah perempuan yang bermata redup itu. Fitrah. Allah telah mempertemukan aku dengannya. Apa makna semua ni? Tatkala bertentangan mata tanpa sengaja, hatinya dipagut resah. Jantungnya berdegup kencang. Apa makna semua ni? Sudah terpautkah wahai hati? Mudah benar. Fikir Thaqib. Letih betul. Tiba-tiba dia tidak jadi menyemak folder dan terus menghempas badan ke katil. Matanya terlelap tanpa sedar

      Bayangan Fitrah datang dalam tidurnya. Entah apa maksud disebalik mimpi ini.

      bersambung...
  • Read more...

    Mukhayyam Tahfiz Dan Motivasi Al Quran.

    >> Monday 28 November 2011



    Assalamu'alaikum dan salam Mahabbah buat semua pejuang pejuang Allah sekalian.
    Keif haalukum? Masyi? Heheee ;D

    Alhamdulillah ena selamat pulang setelah dekat 5 hari berkampung menjalin ukhwah baru di Kerteh. Anjuran Petronita kalau x silap lah. Huhuu. Kat sane, ena dapat rasa dan alami sendiri apa yang ena biasa baca dalam mana mana buku. Seperti Kem kem macam nilah. Ena baca buku 'Cerita Dari Hati' dan banyak lagi lah. Cemna usroh dan halaqah diorang. Alhamdulillah ena berpeluang merasainya. Semuanya atas izin Allah.

    Ena bersyukur sangat sangat sangat kepada Allah sebab bagi peluang kat ena dan adik ena serta peserta peserta lain untuk menyertai kem macam tu. Alhamdulillah. x sia sia 120 hinggit yang ummi abah korbankan. Ena dua beradik jadi berganda lah kan. Ummi cakap xpelah duit tu. Yang penting ilmu. Ena pun bnyk fikir jgk. Kesian abi klua duit bnyk2. Tapi, bila fikir fikir lagi kan, ena dapat balas balik dengan ena ikhlaskan hati ke kem tu. Biar keihklasan ena dapat menambah pahala ummi abi. Insha Allah.

    Izan, ena eksaited jgk neh nak citer serba sikit apa yang ena lalui sepanjang di kem tu.
    Ena sampai around 8 a.m kut. Satu family pi anta kitorang adik badik. Siap siap daftar semua, ummi abi balik. Para peserta buat halaqah besar sebelum dibahagikan mengikut halaqah masing masing. Mursyeedah ada 3 orang. Ukhti Fad, Ukhti DJ, Ukhti Ezzah. Kalau mursyeed tu ramai jgk lah. X sempat nak kira. Sorilah :P
    Thumma kitorang main game. Game ni ada nama tau, 'Aku Berdiri Sebagai Hukum'. Haa. Perkh gak bile dengar nama game neh. Game pasal hukum hukum tajwid. Jadi lam game neh ena x teror mana. Sahabat baru ena, Damia memang menjadi harapan kami time tu. Masing masing harap bantuan hiya je. Heheee :D
    Cara main tu malas lah nak explain kat cni ye. Kalau nak taw, text text ena jep. Huhuu :P

    Ena satu halaqah dengan adik ena, Nadiah a.k.a Nurin. Halaqah Khadijah. Dan mursyeedahnya ialah Ukht Fad. Memang seorang yang ceria dan suka buat lawak. Hehee. Memang first first tengok Kak Fad (ena pggil Kak Fad ekceli) nampak cam garang. Takuttt. Hehehe. Tapi bila hari berganti hari, baru la kenal cemna sebenarnya Kak Fad tu. Bukan setakat Kak Fad, tapi semua ahli ahli halaqah. Lama lama jadi makin mesra. Mula kenal sesama sendiri. Alhamdulillah bertambah bilangan sahabat ena.
    Amiinn..

    Sepanjang kem ni, kami dikehendaki menghafal juzuk juzuk ama. Surah Al Mulk , Al Insaan. Alhamdulillah. Para mursyeed ada gak berkongsi tips tips apal Quran. Lagi kami dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang mukjizat mukjizat nabi. Haa satu gi, kami pun kena ingat makna makna surah. Kami diberi pendedahan asbabunnuzul satu satu surah tu. Selama ni xdenye nak ambil tahu pasal makna surah surah dan kenapa ianya diturunkan. Memang x ambik tahu langsung. Tapi, bila dah diberi pendedahan, hati mula tertarik nak tahu dan nak kaji sebab sebab turunnya sesuatu ayat dalam Kalamullah tu.

    Kami ada buat presentation pasal Surah yang kami dapat ( akhi syed da bagi bagi surah surah pada setiap halaqah ). Halaqah ena dapat Surah al Falaq. Nanti ena share balik peristiwa di sebalik surah al falaq tu ye.
    Okeyy, setiap kali ada presentation, ahli ahli kumpulan suh ena. Huuu apa nak buat. Xpelah, boleh kumpulkan markah. :P
    Hmm, masa present tu kan, ena kena baca la surah tu, jadi ena baca, sebelum ena mulakan bacaan, ena cakap ( guna microfon )  " Semoga setiap apa yang kita baca dalam Quran ni, dapat meresap dalam hati dan jiwa masing masing " . Ena sebenarnya takut kalau kalau, niat di hati menyimpang. Tapi niat ena bukan nak menggoda sesape. Faham kan maksud ena ? Sebenarnya ena memang cuba elakkan daripada baca atau buat persembahan depan orang ramai. Banyak khilaf, tapi ena yakin dengan niat betul, alhamdulillah xde apape. Insha Allah.

    Riadah

    Tahu apa riadah? Tahu? Bagus bagus.
    Kami riadah xdelah berat sangat. Just ringankan minda. Biasanya yang handle riadah ni Akhi Fauzan.
    Antara riadahnye :
    - Siput siput
    - Ular (ape tah)
    - Buat tepuk semangat
    - Ada tambahan tepuk senyum malu plak
    - Pang Ping Pong Pyang ( x tau nak terangkan disini )
    - Belon air. pasing pasing ke belakang.
    - Acara x dirancang - Baling belon air (stress betul baju basah )
    - Bowling di Pantai
    - Nyanyi ( kaki atas jalan, jalan yang hitam ) Haha !
    - explorace

    Mungkin ade lagi kut. Tapi lupe da.

    Tautan Ukhuwah

    Kami makan sama sama satu meja. Satu halaqah satu meja. Dan time makan tu lah kami banyak berkongsi apa saja. Gelak ketawa. Memang betul satu cara memper-eratkan lagi ukhwah.
    Kak Fad kami, makan sayur banyak. Katanya kita makan berlaukkan sayur. Gitulah.
    Ada satu kesah yang kelakar, Farah, sahabat ena yang memang dah satu sekolah, dia ngadu, asal xde buah time makan. Sebab tu rasa macam susah nak tut tutttt (faham kan? )
    Haha, pastu, masa makan tengah hari kalau x clap, tup tup ada disediakan pisang. Kitorang ketawa lah. Rupa rupanya Kak Fad bagitau makcik tu (kot) . Hehee tapi sayang, dah hari ke berapa baru leh makan buah. Xpe Farah, balik ni hang nikmatilah kelegaan tu ye ! Hahaa.

    Ukhwah kami makin erat lagi bila sama sama perlu bekerjasama unuk buat persembahan malam kebudayaan la kut. Memang preparation tu sikit sangat. xde masa langsung. sikit je la masa yang diberi. Halaqah kitorang memang last minute preparation lah. Kena buat persembahan pulak yang ketiga. Fuhh. Tapi alhamdulillah, berjalan lancar. Dapat lah no 2. memang x percaya. Mungkin sebab kerjasama antara kami dan sikap tolak ansur yang membantu segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

    Ena jadi Narrator. Hahaa. Dan last sketsa tu ena baca surah al 'asr. Sketsa kami memang tentang "Masa".
    Baca dengan berlagu lah. Ena x reti nak lagukan sebab terlalu pendek surah tu. Then, petang tu ena call Ustaz ena. Ustaz Yahya Hj Ali. Belajar sikit ikut phone Kak Fad. *Sori Kak Fad, lame jugak ena gune phone tu.heheee.

    Sebelum tu, ena ada dengar yang keesokan hari ada peserta AQ nak datang. Tapi xde la mursyeed atau mursyeedah yang bagitau. Mestila nak uat suprise, tapi ena pi tanye ustz Yahya,

    Ena : Ustaz ke yang datang esok ?
    Ustaz : anti kat mane ni ?
    Ena : Kat kem tahfiz di kerteh.
    Ustaz : Ow, memang ada jemputan kat kerteh kol 9. Tapi x tahu program cemna tu.
    Ena : yekee, kem ana lah kut. Ustaz mari bape orang ?
    Ustaz : Adik ana. Tapi x tahula sape lagi. Sebenarnya kene bagi ceramah ke? jadual xde ke?
    Ena : emm x tahula ustz, jadual tu kitorang x dapat.
    Ustaz : okeeyy lah, xpe stz tanye ustz Yusri jelah. knl x ?
    Ena : kenal2. Okey jmpe esok. salam.
    Ustaz : wslm :)
    Jadi maknanya ena dah tau. Heheee ;D

    Esoknya memang ustaz datang ngan adik nya, Hassan Basri. Petangnye plk, Ustaz Hafas ( abg dorang) datang dengan isterinye. Comell sangat.

    Malam last di mukhayyam, Abg abg mursyeed dan kakak kakak mursyeedah bercerita. Kisah dan pengalaman diorang. Ahli keluarga yang telah pergi. Apa yang ena belajar disini ialah erti syukur. Syukur kerana ena masih mempunyai ummi dan abi. Syukur ena dapat merasai kasih sayang mereka. Alhamdulillah.
    Ramai yang menitiskan air mata. Tapi alangkah bagus kalau air mata yang tumpah tu dapat mengubah hidup kita menjadai yang lebih baik. ? Ena ada jgk lah pengalaman buat malam keinsafan buat adik adik kat sekolah, memang nangis semahu mahunya dorang. Tapi lepas tu, sikap dorang kembali kepada biasa. Macam malam tu je rasa insaf. X suka lah macam tu kan...

    Daripada cerita cerita dorang tentang latar belakang keluarga masing masing, ena memang tersangat kagum. Hebat hebat semuanya. Masha Allah, segala puji hanya bagi Allah. Dan pada malam tu, ena ambil kesempatan berkongsi kisah ena sikit.  Rasanya xperlu lah citer kat sini.

    Kami sedeh malam tu, sebab dah kena kemas, esok mesti kesuntukan masa nak bersama sama lagi, ada majlis penutup di Surau Rantau, tapi, alhamdulillah, kami sempat bertukar tukar nombor telefon dan facebook masing masing. Semoga ukhwah terus terjalin walaupun dah jauh. Insha Allah kita jumpa lagi ye !
    Jauh di mata tapi dekat di qalbu ni :D

    Terharu

    Alhamdulillah, ena dapat hadiah , 2 buah buku yang amat berharga, memang buku buku yang ena minat sangat. Buku yang boleh memberi motivasi kepada ena. Syukran. Dengan adanya buku buku tu, ena akan terus mengingati kakak kakak yang comel dan baik dan juga abang abang, semoga kalian diredhai Allah.

    Ni haa buku buku tu. Dapat 2.Bila bukak pembalut, hati ena ni terharu sangat. Sesuatu yang boleh memberi manfaat jika ena betul betul menghayatinya.



    Bagus sangat buku ni. Bagi yang minat mesti dapat
    menghayatinya dengan baik. Alhamdulillah.


     Menceritakan pengalaman ustaz Farid ni sebelum dia menjejakkan kaki ke Al-Azhar hinggalah akhir perjuangannya sebagai thalibul i'ilmi.
    Pengalaman yang benar benar menarik. Menepati azam ena yang memang nak gi merantau ke Timur Tengah.
    Insha Allah.


     Ini Kes kekantoian. Hahaa. Ooo beli kat Popular yaaa.
    Heheee ena x kisah. Buku ni berharga bukan pada pelekat harganya tu, tapi isi isi nya di dalam.
    Insha Allah ena akan manfaat kan.


    Hehee :D

    Ena nak upload gambar gambar kat mukhayyam tu tapi xde gambar. Ena xde kamera. Jadi ena tunggu dari auntie Akma n yang lain untuk gamba gamba lain.

    Izan, setakat ni sajalah. Ena nak nasihatkan,
    Kalau dengar kem yang berteraskan alQuran macam kem ena ni, jangan mudah lablekan bosan. Pi dulu rasa, baru tau, kalau hati iklas kerana Allah, kita dapat rasa kemanisan ukhwah tu. Dan kita xda la darat sangat pasai Quran ni. Huhu.
    Ramai sahabat sahabat ena yang pada mulanya pergi dengan paksarela, tup tup, rasa macam xnk balik pulak. x caya? haa korang tanye la tuan badan sendiri. X pun ikut join skali kalau ada lagi mukhayyam macam ni. Ada manfaatnya, ada faedah. X rugi papapun.
    :D

    Semoga ukhwah yang terjalin akan terus kekal terjalin selamanya.
    Ena harap ada lagi lah mukhayyam yang cemni. Insha Allah.

    p/s : Rindu betul Kak Fad punya suara rockk.
         : Rindu Sifat keibuan Kak Dj.
         : Rindu manis bicara Kak Ezzah.

    Moga kalian x lupa kami semua. Allahuyubaarik.



    Ena.Binnabilhuda

    Read more...

    tips kesihatan

    >> Monday 21 November 2011

    Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

    1. Bersenam @ beriadah.
    2. Mengawal makanan.

    Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

    Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

    1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

    2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

    3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

    4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
    Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

    5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

    Read more...

    Tips Tips menghafal al-Quran

    >> Sunday 20 November 2011


    Dari milis assunnah :
    Memperbaiki tujuan dan bersungguh-sungguh menghafal Al-Quran hanya karena Allah
    Subhanahu wa Ta`ala serta untuk mendapatkan syurga dan keridhaan-Nya. Tidak ada
    pahala bagi siapa saja yang membaca Al-Quran dan menghafalnya karena tujuan
    keduniaan, karena riya atau sumah (ingin didengar orang), dan perbuatan seperti
    ini jelas menjerumuskan pelakunya kepada dosa.



    1.      Dorongan dari diri sendiri, bukan karena terpaksa.               
         Ini adalah asas bagi setiap orang yang berusaha untuk
    menghafal Al-Quran. Sesungguhnya siapa yang mencari
    kelezatan dan kebahagiaan ketika membaca Al-Quran maka dia
    akan mendapatkannya.

    2.      Membenarkan ucapan dan bacaan.
    Hal ini tidak akan tercapai kecuali dengan mendengarkan
    dari orang yang baik bacaan Al-Qurannya atau dari orang
    yang hafal Al-Quran. Rasulullah shallallahu alaihi wa
    sallam sendiri mengambil/belajar Al-Quran dari Jibril
    alaihis salam secara lisan. Setahun sekali pada bulan
    Ramadhan secara rutin Jibril alaihis salam menemui beliau
    untuk murajaah hafalan beliau. Pada tahun Rasulullah
    shallallahualaihi wa sallam diwafatkan, Jibril menemui
    beliau sampai dua kali. Para shahabat radliallahu anhum
    juga belajar Al-Quran dari Rasulullah shallallahualaihi wa
    sallam secara lisan demikian pula generasi-generasi
    terbaik setelah mereka. Pada masa sekarang dapat dibantu
    dengan mendengarkan kaset-kaset murattal yang dibaca oleh
    qari yang baik dan bagus bacaannya. Wajib bagi penghafal
    Al-Quran untuk tidak menyandarkan kepada dirinya sendiri
    dalam hal bacaan Al-Quran dan tajwidnya.
    3.      Membuat target hafalan setiap hari.
     Misalnya menargetkan sepuluh ayat setiap hari atau satu
    halaman, satu hizb, seperempat hizb atau bisa
    ditambah/dikurangi dari target tersebut sesuai dengan
    kemampuan. Yang jelas target yang telah ditetapkan sebisa
    mungkin untuk dipenuhi.

    4.      Membaguskan hafalan. 
    Tidak boleh beralih hafalan sebelum mendapat hafalan yang
    sempurna. Hal ini dimaksudkan untuk memantapkan hafalan di
    hati. Dan yang demikian dapat dibantu dengan
    mempraktekkannya dalam setiap kesibukan sepanjang siang
    dan malam.

    5.      Menghafal dengan satu mushaf.
    .Hal ini dikarenakan manusia dapat menghafal dengan melihat
    sebagaimana bisa menghafal dengan mendengar.
    Dengan membaca/melihat akan terbekas dalam hati
    bentuk-bentuk ayat dan tempat-tempatnya dalam mushaf.
    Bila orang yang menghafal Al-Quran itu merubah/mengganti
    mushaf yang biasa ia menghafal dengannya maka hafalannya
    pun akan berbeda-beda pula dan ini akan mempersulit
    dirinya.

    6.      Memahami adalah salah satu jalan untuk menghafal. 
    Di antara hal-hal yang paling besar/dominan yang dapat
    membantu untuk menghafal Al-Quran adalah dengan memahami
    ayat-ayat yang dihafalkan dan juga mengenal segi-segi
    keterkaitan antara ayat yang satu dengan ayat yang
    lainnya.
    Oleh sebab itu seharusnyalah bagi penghafal Al-Quran untuk
    membaca tafsir dari ayat-ayat yang dihafalnya, untuk
    mendapatkan keterangan tentang kata-kata yang asing atau
    untuk mengetahui sebab turunnya ayat atau memahami makna
    yang sulit atau untuk mengenal hukum yang khusus.
    Ada beberapa kitab tafsir yang ringkas yang dapat ditelaah
    oleh pemula seperti kitab Zubdatut Tafsir oleh Asy-Syaikh
    Muhammad Sulaiman Al-Asyqar.
    Setelah memiliki kemampuan yang cukup, untuk meluaskan
    pemahaman dapat menelaah kitab-kitab tafsir yang berisi
    penjelasan yang panjang seperti Tafsir Ibnu Katsier,
    Tafsir Ath-Thabari, Tafsir As-Sadi dan Adhwaaul Bayaan
    oleh Asy-Syanqithi.wajib pula menghadirkan hatinya pada
    saat membaca Al-Quran.

    7.      Tidak pindah ke surat lain sebelum hafal benar surat
    yang sedang dihafalkan.
     Setelah sempurna satu surat dihafalkan, tidak sepantasnya
    berpindah ke surat lain kecuali setelah benar-benar
    sempurna hafalannya dan telah kokoh dalam dada.

    8.      Selalu memperdengarkan hafalan (disimak oleh orang
    lain).
    Orang yang menghafal Al-Quran tidak sepantasnya
    menyandarkan hafalannya kepada dirinya sendiri. Tetapi
    wajib atasnya untuk memperdengarkan kepada seorang hafidz
    atau mencocokkannya dengan mushaf. Hal ini dimaksudkan
    untuk mengingatkan kesalahan dalam ucapan, atau syakal
    ataupun lupa.
    Banyak sekali orang yang menghafal dengan hanya bersandar
    pada dirinya sendiri, sehingga terkadang ada yang
    salah/keliru dalam hafalannya tetapi tidak ada yang
    memperingatkan kesalahan tersebut.

    9.      Selalu menjaga hafalan dengan murajaah. 
    Bersabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam :
    “Jagalah benar-benar Al-Quran ini, demi Yang jiwaku berada
    di Tangan-Nya, Al-Quran lebih cepat terlepas daripada onta
    yang terikat dari ikatannya.”
    Maka seorang yang menghafal Al-Quran bila membiarkan
    hafalannya sebentar saja niscaya ia akan terlupakan. Oleh
    karena itu hendak hafalan Al-Quran terus diulang setiap
    harinya. Bila ternyata hafalan yang ada hilang dalam dada
    tidak sepantasnya mengatakan: “Aku lupa ayat (surat) ini
    atau ayat (surat) itu.” Akan tetapi hendaklah mengatakan:
    “Aku dilupakan,” karena Rasulullah shallallahu `alaihi wa
    sallam telah bersabda: (..arab..)

    10.      Bersungguh-sungguh dan memperhatikan ayat yang serupa. 
    Khususnya yang serupa/hampir serupa dalam lafadz, maka
    wajib untuk memperhatikannya agar dapat hafal dengan baik
    dan tidak tercampur dengan surat lain.

    11.      Mencatat ayat-ayat yang dibaca/dihafal. 
    Ada baiknya penghafal Al-Quran menulis ayat-ayat yang
    sedang dibaca/dihafalkannya, sehingga hafalannya tidak
    hanya di dada dan di lisan tetapi ia juga dapat
    menuliskannya dalam bentuk tulisan.
    Berapa banyak penghafal Al-Quran yang dijumpai, mereka
    terkadang hafal satu atau beberapa surat dari Al-Quran
    tetapi giliran diminta untuk menuliskan hafalan tersebut
    mereka tidak bisa atau banyak kesalahan dalam
    penulisannya.

    12.      Memperhatikan usia yang baik untuk menghafal. 
    Usia yang baik untuk menghafal kira-kira dari umur 5 tahun
    sampai 25 tahun. Wallahu alam dalam batasan usia tersebut.
    Namun yang jelas menghafal di usia muda adalah lebih mudah
    dan lebih baik daripada menghafal di usia tua.
    Pepatah mengatakan: Menghafal di waktu kecil seperti
    mengukir di atas batu, menghafal di waktu tua seperti
    mengukir di atas air.

    HAL-HAL YANG DAPAT MENGHALANGI HAFALAN

    Setelah kita mengetahui beberapa kaidah dasar untuk
    menghafal Al-Quran maka sudah sepantasnya bagi kita untuk
    mengetahui beberapa hal yang menghalangi dan menyulitkan
    hafalan agar kita dapat waspada dari penghalang-penghalang
    tersebut.

    Di antaranya:

    1.      Banyaknya dosa dan maksiat. 
    Sesungguhnya dosa dan maksiat akan melupakan hamba
    terhadap Al-Quran dan terhadap dirinya sendiri. Hatinya
    akan buta dari dzikrullah.

    2.      Tidak adanya upaya untuk menjaga hafalan dan
    mengulangnya secara terus-menerus. Tidak mau
    memperdengarkan (meminta orang lain untuk menyimak) dari
    apa-apa yang dihafal dari Al-Quran kepada orang lain.

    3.      Perhatian yang berlebihan terhadap urusan dunia yang
    menjadikan hatinya tergantung dengannya dan selanjutnya
    tidak mampu untuk menghafal dengan mudah.

    3.      Berambisi menghafal ayat-ayat yang banyak dalam waktu
    yang singkat dan pindah ke hafalan lain sebelum kokohnya
    hafalan yang lama.
    Kita mohon pada Allah Subhanahu wa Ta`ala semoga Dia
    mengkaruniakan dan memudahkan kita untuk menghafal
    kitab-Nya, mengamalkannya serta dapat membacanya di tengah
    malam dan di tepi siang. Wallahu alam bishawwab.

    (Ummu Abdillah & Ummu Maryam, dinukil dari kutaib: “Kaifa
    Tataatstsar bil Quran wa Kaifa Tahfadzuhu?” oleh Abi
    Abdirrahman)

    Semoga kita sama sama dapat menggunakannya. Insha Allah. Ena dah mula hafal sikit sikit. Memang sedikit terganggu sebab bi'ah di rumah x sesuai. Hmm takpe. Doakan ena dapat masuk iQt atau kemana mana yang Allah redha di sisiNya. Insha Allah.
    Ena.Binnabilhuda

    Read more...

    Cantik Dipandang Jika dia ibarat rama rama.


    "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
    Rama-Rama Halus Sayapnya

     
    Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

    Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

    Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

    Indah Ibarat Wanita.

    Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

    Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

    Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

    Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari
    Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..."
    (Hadis Riwayat al-Tabrani)

     
    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
    "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari) 

    Read more...

    Azam Baru

    >> Saturday 19 November 2011


    Assalamu'alaikum wbt.
    Alhamdulillah, syukur ena dapat lagi bersama kalian di muka bumi ini. Pasti punya sebab tertentu Allah masih memanjangkan umur kita. Terfikir x kenapa? Diri sendiri lebih tahu bab ni.

    Baiklah, seperti yang kita semua sedia maklum, hari ni 23 Zulhijjah 1432. X lame lagi masuk awal Muharam. Cemna sepanjang setahun ni? Azam tahun lepas menjadikah? Bagi yang betul betul istiqamah alhamdulillah. Insha Allah. Azam penting dalam diri kita sebagai insan yang menghitung hari.

    Ena dapat kesedaran lebih awal sebenarnya, selepas ena chatting dengan seorang sahabat ena di Mesir,  masa tu ena ada tanya dia, tips tips hafal Quran. Sebab ena memang berminat nak hafal Quran lepas ni.. Insha Allah. Kata sahabat ena, mula mula yang paling penting adalah hati. HATI. Betulkan niat. Bersihkan hati. Jaga hati. jadi mari ena kongsi tips tips tu.
    1) Kenal Quran dengan mata hati. alQuran milik Allah dan bukan milik kita atau mak bapak kita.
    2) Bersihkan hati. Niat kerana Allah. Dan, istiqamah :D
    3) masa hafal, baca satu muke surat sebanyak 3 kali.
    4) Mulakan dengan membaca ayat pertama sebanyak sepuluh kali. Hafal sampai lancar. selagi x lancar, jangan alih ke ayat kedua.
    5) Bila dah ingat ayat pertama dengan LANCAR, beralih ke ayat kedua.sama macam ayat pertama. Bila dah ingat, ulang balik y pertama dan begitulah seterusnya.
    bagi y baru nak ngapal, biasanya ambik masa 4 jam utk ingat satu muke surat.Tapi bila dh lama, 15 minit saja. x caya? Cubalah :D
    Masa tu ena terfikir, hati ena rasa macam x sempurna. Macam x sesedap rasa. Faham? Macam masih terkapai kapai. Kadang kadang jiwa ena kosong. Iman ena terkadang goyah dek tiada kemantapan disitu. Ena takut bila sahabat  ena cakap, hati kena jaga betul betul, kalau apa yang kita hafal x masuk maknanya hati kita kotor. Sebab tu sekarang ena sedang usaha bersihkan hati ena. Ena sedang usaha untuk mengubah diri ena ke arah mahmudah. Walaupun secara slow slow. Alhamdulillah. Ena cuma perlu istiqamah setiap perubahan yang ena buat.






    Ena sedar, makin hari ena makin meningkat umur. Dan semakin hari ena dapat berfikir lebih matang. Alhamdulillah. Walaupun memang x cukup matang kekadang. Ena sebenarnya banyak muhasabah. Kalian pun muhasabah diri jugakkan? Baguslah. Sebab tu salah satu kita nak mematangkan diri kita. Dengan bermuhasabah. Dengan bermuhasabah, kita dapat lihat dimana kelemahan kita dan kita akan cuba memperbaiki apa yang kurang. Dan hubungan kita dengan Allah akan lebih intim. Insha Allah.

    Jadi start hari ni, ena dah pasangkan azam baru ena. Apa azam baru ena? Biarlah ena aje yang tau. Heheee :D  Ena nasihatkan, apa aje yang kita nak lakukan, untuk perubahan diri kita contohnya, lakukanlah kerana Allah dan lepas tu istiqamah. ya. Kawan kawan ena cukup tahu ena suka sebut istiqamah. :D Hehee

    Sahabat, kalau kita nak lakukan perubahan pada diri kita, janganlah terlalu drastik. Sebab nanti takut kita x tahan atau sebagainya yang membuat kita kembali ke pangkal jalan yang x betul kita dulu dulu. :D
    Lakukan slow slow. Bukan kah kita ada tangga? kalau langkau banyak banyak takut terjatuh ke bawah balik kan.? Kalau satu satu dengan semangat yang kuat untuk sampai tingkat atas, Insha Allah memang sampai. Jangan gopoh gopoh.

    Azam baru, ibarat permulaan hidup baru kita. bukan hanya untuk tahun tu tapi selama lamanya. Tahun depan dapat tingkatkan lagi azam yang baik. Lama kelamaan hidup kita teratur dan sempurna.
    Hah, baru ena ingat, apa yang kita azamkan jangan sebab orang lain. Tapi sebab Allah. ingat tu !
    Jangan sekali kali niat : Aku nak berubah sebab dia.
    x kan kemana azam kita tu.

    Hmm ena tau post ni agak tidak masuk kot ngan maudu'. Heheee tapi xpelah. asal ada perkongsian. Asal dapat kita gunakan.




    Setakat ni saja.
    Ena.Binnabilhuda.

    Read more...

    Kebosanan.

    >> Wednesday 16 November 2011

    Assalamu'alaikum wbt.
    Keif haalukum ma'alyaum??
    Alhamdulillah.

    Ena baru aje chatting dengan sahabat ena, Qyla. Kami sembang sembang pasal event kakak dia nanti. Alhamdulillah. Ena ucapkan tahniah kepada kakak Qyla yang akan jejakkan kaki ke jenjang pelamin lagi 3 hari. Moga bahagia hingga ke syurga. insha Allah.

    Ena merancang nak pergi insha ALLAH jika tiada apa apa halangan. Mungkin sekali ngan Nina. Dah dijemput x baik pulak kalau x pegi . Kan kan?
    Ena tengah duk pk idea uat video ni. Sambil sambil tu edit edit gamba. Ena memang minat baba bab ni.
    Nak dekat asar dah. Insha Allah lain masa ena akan teruskan perkongsian lain masa.



    Ni ena editkan untuk Aqilah. Just saja saja. Heheee.


    Ena.Binnabilhuda.

    Read more...

    Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah.

    >> Sunday 13 November 2011



    Assalamu'alaikum wbt.
    Disini ena nak kongsi satu kisah seperti tajuk yang tertera.
    Semoga kita dapat mencontohi mereka. insha Allah.

    *****
    Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

    Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah. ”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar.

    Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah.

    Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

    ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

    Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak.

    Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya? Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?” Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya.

    Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?” Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak.

    Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.” Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan.

    Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.” Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!” Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w. Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!” Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?” “Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w. Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib.

    Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya. Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

    Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah.

    Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?” Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” “Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh.

    Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.” “Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

    Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

    *********************

    Read more...

    Rehlah di kampung.


    Assalamu'alaikum wbt.

    Alhamdulillah. Keif haaluk semua ? Sihat? Jika sakit, sabarlah. pasti itu ujian daripada Allah untuk hambaNya yang beriman. Alhamdulillah , kita di uji Allah. ^^  Baiklah, cemna adik adik ena semua? suka la ni dapat seratus? Hahaa. Nanti abang abang dan kakak kakak dapat jugak. Alhamdulillah. Tak kira lah berapa berapa pun. Yang penting itu semua daripada Allah. Jangan lupakan Allah ya adik adik, kakak kakak dan abang abang. Walaupun kita dapat wang tu daripada tangan insan, tapi hakikatnya ia daripada Allah. Syukurlah, ringan sikir beban ibu bapa kita kan ? Alhamdulillah alhamdulillah. Ena nasihatkan, kita gunakanlah wang tu untuk sesi persekolahan yang akan datang. Jangan guna wang tu untuk sesuatu yang x berfaedah. Ingatlah, jangan sia sia kan nikmat ALLAH ya. ^^

    Ena sampai kat rumah around 1 petang semalam. Dari mana? Haa dari kampung lah. Jauh sangatttt. Hahaaa. Lawak je lah. Kat Paka je pun. Ena duk sana dalam 6-7 hari lah kut. Ena sorang sorang je. Adik adik ena sekolah. Kata humma, nak full-kan kedatangan. Nanti dapat anugerah. Hmm. Baguslah tu.

    Kat kampung, Tok duk sorang sorang je. Tu yang ena nak gi temankan tok sementara ena cuti ni. Kesian Tok. Kalau Tok sakit sorang sorang cemna? Hmm. jadi ena nak story lah sikit sikit sepanjang ena kat sana. Kenyataan, memang xda banyak benda pun yang ena boleh buat kat kampung. Yang menjadi rutin, MASAK. Hah. Ena suka masak masak ngan Tok.

    Jadi, ena nak kongsi sikit ni, selama ena dengan Tok, ena banyak perhatikan Tok. Apa yang Tok buat. Semuanya lah. Heheee. Banyak yang ena belajar. Tok sangat pembersih orangnya. Daripada dirinya hinggalah setiap penjuru rumah nya. Kagum sebenarnya.

    Time masak, ena tengok mulut Tok x henti dari terkumat kamit. Ena cuba dengar betul betul, rupa rupanya tok baca Basmallah ulang ulang kali. Mungkin tu lah rahsia semua masakan Tok hatta kuah singgang sekalipun Sedappp sangat. Masha Allah. :) Tok x suka membazir. Kalau ada benda yang boleh disimpan lagi, tok taruh lam peti dulu. Esoknya panaskan balik.

    Tadi tu bab memasak. Ena perhati dan perhati lagi, lepas solat maghrib, Tok zikir habis habis. Lepas habis zikir dalam biliknya, Tok keluar bilik dan tengok tv. Berita. Sambil duduk atas kerusi, kat tangan Tok ada tasbih. Ingatkan dah habis tadi, tapi masih lagi terkumat kamit melafaskan zikir. Tok, pernah bagitau, Tok x pandai mengaji, baca Quran. Tapi Tok pandai zikir, jadi Tok zikir lah selagi termampu. Ena mengangguk angguk. Dalam hati ena fikir, hmm ' aku ni yang pandai baca Quran. Tapi zikir mana yang dirasakan perlu saja'. Ena fikir lagi, kalaulah ena tingkatkan zikir macam Tok, mesti lagi bertambah lagi pahala.

    Petang petang ena bukakan radio TFM. Setiap petang ada ceramah ataupun mengaji. Kitorang dengar sama sama. Malamnya pulak, ena pasangkan surah surah yang ada dalam phone ena, Tok ikut ngaji  mana mana surah yang Tok ingat.

    Jadi antum dapat lihat x sesuatu yang ena nak sampaikan disini. Selama ena menjarakkan diri jauh dari alam maya, ena banyak belajar dari Tok. Tak sia sia ena balik kampung. Betullah tindakan ena tu. insha Allah.

    Tok sering sakit sakit semenjak dua menjak ni. Doakan Tok ena sihat walafiat hinggalah ke nyawanya yang ter akhir. Semoga Allah meredhai kehidupan Tok. Ena harap, hingga nyawa terakhir Tok nanti, Allah berikan kebahagiaan dan kasih Nya pada Tok. Tok lah satu satunya nenek ena sekarang. Dan satu satunya orang tua Abi. Tok lah yang membesarkan abi dari abi kecik lagi. Dia membesarkan abi sorang sorang dengan kudratnya tanpa insan yang bernama suami disisi. Suami tok yang abi ena pun x pernah mengenalnya telah meninggal dunia di Tanah Suci Mekah dan dikebumikan di sana. Masha Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah kerana datuk ena tu telah dipilih Allah untuk diberi hidayah. Datuk ena india muslim. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

    Sampai disini saja perkongsian ena. Apa tujuan ena menaip atas ni? Tak lain tak bukan adalah untuk berkongsi apa yang baik yang ena dapat. Agar kita sama sama ambik iktibar dan jadikan teladan. insha ALLAH.

    Sampai disini saja. Insha Allah jumpa lagi di lain post.

    Ena.Binnabilhuda.

    Read more...

    .Leka Dengan Alam Maya.

    >> Monday 7 November 2011

    Assalamu'alaikum wbt.

    Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

    Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

    Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

    Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

    Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

    Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

    Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

    Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..


    Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

    Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

    Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

    Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

    Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

    Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

    Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..



     
    Akhirnya, ena dapat cari apa punca ena resah gelisah. Alam Maya.
    Ena.Binnabilhuda.

    Read more...



    Assalamu'alaikum wbt.
    Macamana keadaan antum semua? samakah macam ena?
    Pertama-tamanya, syukur pada Allah yang masih memberikan ena peluang untuk bernafas. Hingga ke saat dan detik ini. Apa yang ena nk kongsi malam ni, berkenaan rasa hati ena yang x tenang. Mungkin ena rasa satu kekosongan dlaam jiwa ni. Mungkin ena kurang berzikir pada Allah. Mungkin dan mungkin.

    Satu perkara yang ena nk kongsi di sini, tapi ena x rase patut ena tulis kat sini. Agak privasi mungkin? hmm.Entahlah. Sekarang ena rasa nk Allah saja. Nak ngadu pada Allah saja. pernah antum rasa gelisah semacam je tapi x tau apa sebab nye? pernah?

    Mungkin ada sakit di hati ni. Sakit bukan salah orang lain, tapi salah diri sendiri. Sakit mengenangkan dosa sendiri. tiap tiap hari rasa macam bahu kiri makin berat*.
    dahlah.. mungkin ena perlu bukak Quran dan baca sekarang. Insha Allah ena yakin akan lebih tenang.

    "Cukup aku pendamkan hanya dalam hati , kerana aku tahu cinta Allah itu lebih besar"

    Ena.Binnabilhuda.

    Read more...

    Puasa Sunat Hari Arafah ;)

    >> Saturday 5 November 2011



    Assalamu'alaikum wbt.

    Alhamdulillah everyone. I've done make mee kari, kek pandan layer , kek coklat moist. huaa ! kecur dah air liur ni. sabar2. lebih kurang satu jam saja lagi nak berbuka.
    Alhamdulillah, kami sekeluarga berpuasa sempena Hari Arafah. insha Allah esok Raya Aidil Adha.
    Jadi ena ada satu hadith yang nak di kongsi.
    
    "Kelebihan puasa Hari Arafah(9hb Zulhijjah) diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang."
    (Hadith riwayat Imam Muslim.)

    Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

    Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
    Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

    Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

    Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
    Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

    [1]
    Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

    Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
    Rasulullah SAW bersabda:
    “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

    Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

    Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)


    Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:
    Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

    Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
    Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]
    Allahu a’lam bisshawab..
    ——————————————————

    [1] al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

    [2] Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

    artikel sikit kat atas ena kopipes. semoga kita dapat sesuatu walauun sikit :)
    insha Allah.
    semoga ibadat kita ari ini diterima Allah. bukan hari ni saja, hari2 sebelumnya dan selepas ini. insha Allah.


    Oke enjoy tengok-tengok kat bawah ni. hehe. kalau boleh ena nak kongsi ngan antum. tapi apakan daya.
    haha..
    
     kek pandan layer*


     kek coklat moist*


    Mee Kari :9
    urmmm yummy ...
    ^^

    Sekian sahaja. Barakallahufik. Allahuyubaarik.
    Ena.Binnabilhuda.

    Read more...

    Syukran :)

    Jazakallah.

    Ini yang kita inginkan.

    Halwa uzunun :D

      © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP