Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

Masuk dah tahun baru :P

>> Sunday 1 January 2012

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Penat tau x nak decorate and ape serba belog baru ni. Hemm, tu pasal belog lama dah xley buka, kalo try buka, akan keluar ripway.com . Maza? Huhu, ana la a'rif eidhan. ^_^

Hari ni, 1.1.2011 . Ya, ramai dah yang buat entry pasal new year ni kan. Ada yang cite pasal azam masing masing. Ada yang cite pasal pegi tengok bunga api. Ada yang cite pasal betapa gementarnya, x ready-nye nak menjejakkan kaki ke tahun baru ni. Ya macam macam.

Izan, ena pun nak kongsi la sikit, *dah lama x menaip sebenanya. ^_^ * pasal tahun baru ni la. Nak cite azam jugak ke? x, x perlu, biarlah diri ena aje yang tau ape azam ena. Dan ena lebih suka berkongsi dengan Rabb.

Malam ni, ena mengenang siang tadi, semalam, dua hari lepas, tiga hari lepas, dan segala yang lepas lepas. Malam ni, ena terfikir, cuti lama dah, apa yang ena dah buat *transformation* pada diri ena ye? Hemmm ape ya?

Awwalan, ena rasa, ena xleh duk umah lelame sangat. Sebab pe? Hoo limaaza? Ujib ujib ! Hehe, bukan ape, sape yang x suka duk umah kan? Sape sape? Ade ke? Ena bukan x suka duk umah, suka ter-amatlah sukanya. Lakin, ena takut kalo duk umah lelame, sifat ena akan berubah? Sifat? x kena konteks ayat tu* :P Bukan, mungkin jadi 'lagho' sikit. *faham fahamkan sendiri*

Ena pun manusia biasa yang punya keterbatasan marah, sabar dan laen laen. Oke usah dicerita terlalu panjang disini. Ena sebenarnya nak ucapkan taniah syabas kepada UAI dan Zizan. Ya, mereka telah berjaya mengumpulkan ribuan rakyat*cewah, hemm ribuan orang la, di dataran merdeka ek? Ke kat mane? Men hentam je. :P

Memang ramai lah. Bagus. Semalam kan Sambutan Tahun Baru Cina. Jadi macam biasa la kan, maksiat yang berlaku. Mungkin. Bukan maksud ena BIASA tu ape. Tapi Perkara yang sering terjadi lah.

Nah ena sediakan buat antum. Dari youtube ye :P Mungkin ramai da yang tengok. Tapi ena percaya, lagi ramai yang x tengok :)





Ni mungkin permulaan dan pengakhiran entry yang ena buat sebelum pi sekolah esok. Jadi, kalau rajin, follow follow la ya. Hehe, insha Allah ena akan sediakan lebih banyak ilmu perkongsian di masa akan datang. Insha Allah.

Jumpa lagi. Ilalliqa'

Binnabilhuda.Nabihah


Read more...

Matematik Ajaib

>> Friday 16 December 2011


Assalamu'alaikum. Tadi ber-blogwalking, ena terjumpa ni kat blog  roshaizulnizam .
Korang pernah jumpa? Kalau pernah, ena je yang lambat sikit kan. Huhuu xpe.

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

 1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


 9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


 1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321
 


p/s: Kenapa? Tak percaya ke?

Read more...

Bila diri digelumang nafsu.

>> Thursday 15 December 2011






Assalamu'alaikum wbt. Salam perjuangan buat teman teman sekalian. Moga petang yang penuh barakah ini dapat kita nikmati sama sama. Al an, ena ingin menyentuh sikit topik yang sesuai dengan maudu'(tajuk) di atas. Sebelum tu, ayuh tanya diri sendiri, pernah tak anda nak berubah dan xnak ulangi kesilapan dulu. Seperti contoh, anda pernah bergelumang dengan maksiat. Tak kira walaupun maksiat hati sekalipun. Pernah? Pernah tak?
Baiklah, ena buat satu contoh.
**
Fulan Bin Fulan. Umurnya baru belasan tahun. Pernah suatu ketika dulu, dia sanggup membazirkan masa, wang, hanya untuk memuaskan nafsunya sendiri. Dia akan menghabiskan masanya bersama insan yang (kononnya) di cintai sepenuh jiwa raga bakul. Bila malam nafsunya pasti diberi layanan istimewa. Walaupun hanya berbalas sms. Tapi nafsunya puas.

Bila siang menjelma, dia habiskan masa lagi bersama insan tersebut. Sampaikan mandi makan tidak terjaga. Orang di sekeliling kekadang dilupakan. Insan yang layaknya mendapat belaian dan perhatian(ibu bapa) disisihkan. TANPA sedar.

Hari demi hari, dia semakin galak dengan nafsunya. Tapi, suatu hari sesuatu terjadi. Rasa kelainan dalam dirinya. Dia merasakan kekonsongan. Juga kesunyian. Dia fikir, dengan adanya insan yang dicintainya, dia pasti tidak kesunyian lagi. Sebenarnya, dia silap, yang tidak kesunyian adalah nafsunya sahaja. Tapi, imannya dah lama tak diberi perhatian. Selepas hari tu, dia ber azam nak bertaubat. Dia takkan ulangi perbuatan sia sia nya tu.

Tapi, hari ini, lain pula jadinya, dia hadir dengan karakter yang begitu bisa menarik minat wanita wanita yang inginkan lelaki soleh. Dia berkenalan lagi dengan seorang gadis. Tapi, baginya, gadis itu lain daripada gadis gadis yang lain. Awalya, dia menganggap gadis itu sebagai sahabatnya. Tapi lama kelamaan, nafsunya cepat saja menguasai.

Dia tak dapat bertahan dengan azamnya. Gadis ini melayannya juga. Pasti makin tergugat imannya.
Apa yang terjadi? Sampai sekarang, dia masih x bisa melawan nafsunya. Kadang kadang, dia masih dapat mengawalnya. Tapi, x sentiasa nafsu dapat di kawal.

Gadis itu pula sebenarnya seorang blogger. Seorang yang dah ada pengalaman persis sepertinya. Tapi, gadis ini punya satu niat, dia ingin menyedarkan si fulan. Lalu dia melayan saja si fulan. Tapi dalam hati gadis ni sentiasa berdoa agar dia tidak terlibat sekali ke kancah maksiat. Gadis ini masih mampu bertahan. Apa yang ditunggu gadis ini sebenarnya?

Gadis ini sebenarnya menunggu saat si fulan sedar akan kesilapannya. Hari demi hari, hati gadis semakin risau. Lalu dia berniat untuk terus menyedarkan si fulan.

Si fulan pula, masih atas awan. Seperti di awangan. Masih leka dengan nafsunya.

**

Disini, kita dapat lihat, bagaimana seseorang itu TIDAK ISTIQAMAH semasa bertaubat. Taubat yang tidak bersungguh. BUKAN taubat NASUHA.

Jadi, kita perlu sedar dan teruskan bertaubat. Jika apabila kita bertaubat dari melakukan sesuatu kesalahan, tapi lepastu buat balik, maknanya Allah masih x terima taubat kita. Taubat sungguh sungguh.
TAPI, jangan pula kita fikir, '
     'ah xpe lah, lain kali leh taubat lagi. '
     ' Allah x terima taubat lagi, nanti leh taubat lagi. Buat dulu puas2.'
 Huhu, jauh. jauh kau syaitan. Jauh kau dari terus menghasut ummat Muhammad. Amin.

Moga kita sentiasa dilindungi Allah. Moga Allah menerima taubat kita. Dan moga kita selalu istiqamah dalam melakukan ibadat. Allahumma aamin. amin amin amin.





Ena.Binnabil Huda





Read more...

BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM PERSIJILAN SHAHADAH TAHFIZ

>> Wednesday 14 December 2011



Assalamu'alaikum.
Sobaahalkhair.
Ena gembira sebenarnya. Alhamdulillah. Ena masih lagi still berdoa agar segalanya dipermudahkan. Ena dah tak kesah result PMR. Bukan tak kesah cemna tapi ena dah macam tahu ena takkan dapat straight. Ena dah mula bersedia mental. Start habis exam ari tu, ena dah tanam tekad, ena akan berusaha untuk jadi hafizah. Ena nak menghafaz alQuran. Ena nak dekat dengan Allah, ena nak dapat syafaat Rasulullah. Ena nak dapat syafaat alQuran.  Ena nak ummi abah bahagia disana kelak, sebab anak mereka dekat dengan alQuran, pasti ummi abah pun dapat pahalanya. Ena nak balas jasa mereka, x di dunia, di akhirat kelak. Amin.

Sahabat,
Doakan ena ya, kekadang doa diri sendiri Allah x makbul tapi doa orang yang mendoakan kita di makbulkan. Kuasa Allah.

Ena sangat terharu bagi dua orang kenalan ena yang post borang kemasukan ni kat wall fb ena. Syukran. Jazakallahu khairal jazak.
Sorang senior ena, Saudara Nasrul(sekarang diploma di IQT) dan sorang lagi kenalan fb jauh diperantauan, saudara Haris Saifullah(ex IQT). xpe ena saja nak sebut. Moga kebaikan mereka dibalas Allah.

Ya Allah Rahman Rahim,
Permudahkanlah aku untuk mencapai hasrat dan cita citaku, Jika bagi KAU, iQt tempat terbaik untukku menyambung pengajianku, maka tempatkanlah aku disana. Jika tidak, tempatkanlah aku ditempat mana mana saja yang KAU redhai. Jangan KAU jauhkan daku dariMU. Aku memohon, dimana saja aku berada, moga aku sentiasa dekat denganMU ya Rabb. Amin amin amin.


Rabbi yassir wala tu assir.
Rabbi Atminm bil khair.
Amin
Allahumma aaaamin.
Amin amin amin.

Ena.Binnabilhuda.

Read more...

Bila Cinta putus. Bila Cinta Ditolak.

 
Cinta secara umumnya dipandang indah oleh manusia. Malah, ada yang terlalu taksub dengannya. Anda boleh panjang-panjangkan leher anda menjengah ke kedai-kedai buku Novel melayu, dan anda akan melihat lambakan karya yang meletakkan nama cinta pada tajuk buku. Hingga cerita-cerita Islamik pun temanya cinta.

                Cinta digambarkan mengasyikkan, alam yang penuh bahagia, dan amat manis. Gambaran-gambaran indah ini menyebabkan kebanyakan manusia terburu-buru dalam bercinta. Sedangkan sebenarnya, cinta hanyalah satu sub-alam kepada alam yang sebenar. Cinta masih berkongsi realiti alam yang sebenar. Hukum alam adalah sebentar anda akan berada di atas, dan sebentar anda akan berada di bawah. Cinta berkongsi hukum yang sama.

Ada Masa, Allah Akan Menguji.

Ada masa, Allah akan menguji anda dengan memutuskan alam indah anda itu. Cinta anda ditolak. Atau yang sedang bercinta, putus. Kejadian-kejadian ini bukanlah satu fenomena asing dalam kehidupan manusia. Dan kejadian buruk berhubungan dengan kes putus cinta, cinta ditolak ini juga banyak berlaku dalam komuniti kita, masyarakat kita.

                Ada yang mengambil keputusan untuk terus membujang, ada yang mengambil keputusan berpindah ke tempat yang jauh dari tempat dia menjalin cinta, ada yang mengambil keputusan berfoya-foya melupakan segalanya, malah ada yang mengambil jalan buruk dengan membunuh bekas pasangannya atau orang yang dilamarnya kerana terlalu marah atau cemburu, malah, ada juga yang mengambil keputusan membunuh diri sendiri.

                Putus cinta, Cinta ditolak, seakan-akan mengurangkan kewarasan akal seorang manusia.

                Kenapa?

Persiapan Yang Tiada.

Cinta memang indah. Tetapi berapa ramaikah manusia yang mempersiapkan dirinya untuk bercinta, dicinta dan mencinta? Berapa ramaikah manusia yang bertanya kepada dirinya, bagaimana dia hendak bercinta? Dengan cara apakah dia hendak bercinta? Berapa ramaikah manusia yang memahami apakah itu sebenarnya cinta? Berapa ramaikah manusia bermuhasabah, kenapa dia bercinta?

Tiadanya matlamat yang jelas, dengan mengharapkan mimpi-mimpi indah di alam percintaan semata-mata, itu semua bukan setakat mendorong manusia ke jalan maksiat ketika bercinta, tetapi seakan telah menyediakan satu gaung yang amat dalam untuk manusia membuang kewarasannya.

        Perlu difahami apakah itu cinta.

                Perlu menyedari realiti kehidupan. Tidak semestinya cinta kita akan diterima.

                Sekiranya diterima, perlu pula memahami bagaimana hendak bercinta yang sebenarnya.

                Bukan semberono sahaja mengikut rasa dan kata jiwa.

                Jika tidak, bila apa-apa berlaku, memang anda akan terjerumus ke lembah celaka.

Secebis pengalaman diri

Saya, sebagai manusia yang masih muda umurnya, juga jatuh cinta. Cuma mungkin, cinta saya ini agak pelik gayanya. Sebab saya tidak pernah menghubungi perempuan yang saya suka ketika saya ingin mendapatkannya. Apa yang saya buat adalah, banyak buat background check dengan sesiapa yang mengenalinya, lebih-lebih lagi kepada keluarganya sendiri. Saya juga bersilaturrahim dengan ayah dan ibunya, adik beradik lelakinya. Sambil itu berusaha membina karier, peribadi diri, kematangan, dan kefahaman agama.

     Dalam melakukan semua itu, saya sentiasa berfikir: Bagaimana agaknya kalau tak dapat dia?

                Maka, persediaan minda dan rohani telah saya utamakan. Sebab saya memahami fenomena cinta yang kita tidak dapat duga keadaannya. Alangkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi pasangan yang bercinta tanpa apa-apa ikatan? Kenapa mesti kita anggap alam cinta  itu indah semuanya hingga ke penghujung? Mengapa kita perlu fikir yang cinta kita akan diterima dan tidak akan ditolak?

                Dan jangan kita fikir, bila cinta kita diterima, kita akan bahagia pula selama-lamanya.

                Di tengah percintaan itu, kita akan diuji. Di tengah hubungan itu, kita akan diuji lagi. Semasa bertunang, kita akan diuji. Semasa berkahwin, kita akan diuji lagi. Jangan fikir yang indah-indah sahaja.

                Jadi, sentiasa memahami realiti adalah ubat yang sebenarnya. Sentiasa bersedia untuk apa yang terburuk yang mungkin akan berlaku. Sambil itu, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan hubungan kita terjamin, jadi, kekal.

                Tetapi pada masa yang sama, tidak kita lupa berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan yang terbaik.

                Maka, pada saya, untuk mencegah keburukan apabila cinta kita tidak kesampaian, putus, adalah dengan kita mempersiapkan diri kita, mental dan rohani untuk bercinta. Bila bercinta pula, bercintalah dengan cara yang betul, sebagaimana cinta  yang telah syara’ tetapkan untuk kita. Tiadalah kita melanggar batas-batas yang telah ditetapkan Islam untuk bercinta. InsyaAllah, jika kita benar dalam cinta  kita, nanti bila tiba saat Allah hendak menggoncang kehidupan cinta kita, kita tidak akan melakukan kerja bodoh untuk melarikan diri dari masalah cinta kita itu.

“PAUSE”

Orang akan bertanya kepada saya,

                “Itu orang yang dah tahu dia kena sedia sebelum bercinta. Bagaimana dengan orang yang tak tahu, kemudian dia bercinta, lalu cintanya putus. Bagaimana hendak menghadapinya dalam keadaan sedemikian?”

                Untuk orang begini, saya hendak ajak mereka bermuhasabah diri. Sebelum anda hendak berbuat apa-apa, sila tekan butang ‘pause’ dahulu. Kita tengok, jalan apa yang kita hendak ambil.

                Hendak ikut gaya macam telenovela? Melarikan diri keluar negara? Bagaimana dengan kerja anda? Bagaimana dengan keluarga yang masih menyayangi anda? Bagaimana dengan sahabat karib yang baik dengan anda?

                Hendak membunuh bekas pasangan cinta anda kerana mengikut konsep: Kalau aku tak boleh dapat dia, orang lain pun tak boleh dapat dia? Bagaimanakah anda hendak berhadapan dengan polis selepas itu? Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan yang bahagia selepas anda dicop sebagai penjenayah? Bagaimana anda hendak berpuas hati jika hayat anda berakhir di tali gantung? Lebih teruk lagi, bagaimanakah anda hendak berdiri di hadapan Allah nanti?

                Hendak kelar urat nadi dalam tandas? Hendak terjun bangunan? Adakah kerana anda putus cinta dengan seorang manusia, anda hendak memutuskan cinta dengan Tuhan anda yang sentiasa mencintai anda selama ini? Adakah anda hendak memutuskan cinta dengan ibu bapa yang penat menjaga anda sehingga besar? Dan apakah makna kehidupan anda yang mahal ini, jika anda gadaikannya hanya untuk satu cinta kepada manusia biasa? Apakah tiada manusia lain?

                Lihat. Semua jalan yang hendak diambil, kelihatan seperti penyelesaian, tetapi hanya melarikan diri sahaja, semuanya tidak bermakna. Tidak bermakna untuk diri anda, dan tidak bermakna untuk kehidupan anda. Sia-sia semuanya.

Rawatilah Hati. Kentalkan Ia

Marilah kita di dalam bercinta ini, melihat kembali kepada kekuatan jiwa.

                Solat kita bagaimana? Al-Quran kita bagaimana? Akhlak kita bagaimana? Apakah kita ini menjaga agama? Apakah kita ini meninggalkan laranganNya baik dalam bercinta atau di luar percintaan kita? Apakah kita telah berusaha dengan cara yang dibenarkan di dalam agama dalam usaha mendapatkan pasangan yang kita suka?

                Kadangkala, kita tidak membina hati kita.

                Sebab itu hati kita mudah pecah apabila diuji dengan cinta.

                Bahkan, silap haribulan, apa itu ‘cinta yang sebenar’ pun tidak kita ketahui.

                Bagaimana mahu ‘bercinta dengan cinta yang hakiki’?

Tuan Kepada Cinta, yakni Allah SWT pun tidak kita rapati. Bagaimana kita boleh kata kita bercinta dengan sebenar-benar cinta?


Penutup: Jadi bila anda putus cinta, bila cinta anda ditolak

Justeru, bila anda putus cinta, cinta anda tidak diterima, pandanglah ke hadapan. Masih ramai manusia yang mencintai anda. Malah, Allah tidak pernah putus cintaNya kepada anda. Kenapa, bila anda putus cinta dengan seorang manusia, anda hendak memutuskan cinta kepada segala-galanya? Secara tidak langsung, anda telah memburukkan nama cinta itu sendiri. Cinta anda, hakikatnya langsung tidak sejati. Cinta anda, hanya cinta murahan, jika demikian anda melayan cinta.

                Hiduplah, dan hadapilah. Cinta yang terputus itu, yang tertolak itu, mungkin teguran halus daripada Allah SWT. Mungkin Allah hendak menyatakan si dia bukan jodoh anda, mungkin juga Allah hendak anda muhasabah balik kesilapan-kesilapan yang berlaku sepanjang anda bercinta, mungkin juga Allah hendak memberikan anda sesuatu yang lebih baik. Kenapa anda tidak boleh mendidik diri untuk bersangka baik kepada Allah? Sedangkan Allah SWT selama ini baik dengan anda, memberikan anda kehidupan dan nikmat tidak terbilang banyaknya?

                Dia itu tidak zalim kepada hamba-hambaNya, melainkan hamba-hambaNya lah yang menzalimi diri mereka sendiri.

                Maka, marilah kita sama-sama muhasabah kembali. Jangan terburu-buru mengikut emosi. Bergeraklah dengan akal yang telah dianugerahkan kepada kita ini. Bergeraklah mengikut apa yang Dia telah tetapkan buat kita. Cinta itu besar maknanya. Jangan kita kecilkan hanya kepada cinta dua manusia sahaja. Dunia ini luas, jangan kita sempitkan dengan akal pendek kita.

                Bergeraklah! Bersedia untuk bercinta, dengan cinta yang sebenarnya!

~ seorang hamba,
Hilal Asyraf
Website: http://langitilahi.com

--------------------------------------------------------------------


Cinta. Hanya sub kepada alam.
 Share

Read more...

Tak Couple maka Tak Kenal? :P



Assalamu'alaikum.
Ada orang bangkitkan.

"Kalau tak couple, macam mana nak kenal hati budi orang itu? Macam mana nak tahu dia baik ke tak? Macam mana nak pastikan dia sesuai dengan kita atau tidak?"

Kemudian katanya,

"Kalau bercinta itu hanya selepas kahwin, macam mana kalau lepas kahwin tup-tup tak jadi cintanya. Macam mana?"


Pertamanya, saya suka nak sebut.
Saya tak ajar kata tak ada bercinta sebelum kahwin. Saya kata ada. Tetapi tidaklah bercinta versi hollywood atau versi melayu, atau versi korea atau versi jepun yang kita sering lihat di kaca TV atau realiti kehidupan. Bercinta versi Islam. Sebelum kahwin pun ada.

Rujuk lebih lanjut berkenaan hal itu di sini ----->  http://www.facebook.com/notes/hilal-asyraf/couplecinta-saya-kata-tidak/2202426305599


Tak couple maka tak kenal?

Baiklah. Kita masuk ke dalam bab asal. Kalau tak couple, macam mana mahu kenal?
Sebenarnya, Islam ini tidaklah se'rigid' yang disangka. Islam meraikan fitrah manusia. Macam saya kata, Islam tak haramkan seks. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkan seks pada tempatnya(yakni selepas perkahwinan), agar nasab(salasilah keturunan) manusia terjaga, dan tidak pula manusia dijangkiti penyakit merbahaya.

Begitulah dalam hubungan lelaki dan perempuan. Islam tidak haramkan langsung. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkannya pada tempat sepatutnya. Dan couple, bergaul tanpa batas, bukanlah apa yang Islam didik dalam hubungan lelaki perempuan.

Kalau kita perhatikan secara jelas, satu-satu organisasi Islam itu, digerakkan oleh lelaki dan wanita. Bersama-sama. Mereka berhubungan. Tetapi dalam batas yang ditetapkan. Tidak pula berlebih-lebihan, dan jauh sekali melanggar hukum syara'.

Dalam isu rumah tangga, membina rumah tangga bukan perkara yang kecil. Mustahil di dalam Islam, benda sebegitu besar, disuruh membinanya dalam keadaan gelap. Islam yang indah ini, pastinya mendidik ummatnya agar membina sesuatu yang besar seperti rumah tangga ini, dalam keadaan jelas, keadaan faham, dan berhati-hati.

Maka di antara step dalam membina rumah tangga di dalam Islam adalah ta'aruf, yakni berkenalan.

Tetapi, indahnya Islam ini, tiadalah perkenalan itu dilakukan semberono sahaja. Tetapi berjalan dalam keadaan terjaga, bersih, dan menyenangkan. Tidak pula membawa kepada maksiat, dan tidak pula memberikan keburukan.

Tak couple maka tak kenal?

Itu pada saya hanya satu ketakutan kita, dalam meninggalkan sesuatu yang kita nampak 'biasa'.

Kita biasa nampak orang kalau nak kenal, dia couple dulu. So, bila kita diajak meninggalkan 'kebiasaan' itu, kita risau.
Saya memahami kerisauan itu. Tetapi jalan yang kita mahu ambil sekarang adalah jalan yang Allah SWT sarankan.

Tidakkah kita membaca firman Allah SWT:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." Surah An-Nur ayat 30-31.



Kalau benar suka, bergeraklah.

Kalau benar suka, jatuh cinta kepada seseorang, selain saya tidak menafikan keperluan kita melakukan Istikharah, berdoa kepada Allah SWT, kita juga perlu bergerak berusaha.

Tetapi apakah berusaha ini dengan mengorat? Tidak.
Bagaimana kita boleh hendak beribadah(rumah tangga adalah ibadah) sekiranya kita memulakannya dengan maksiat kepada Allah SWT?

Tetapi apakah ketaatan kepada Allah itu akan merencatkan usaha kita untuk membina rumah tangga ini? Sama sekali tidak.

Kalau sudah suka, maka pertama sekali buatlah background checking. Saya amat tekankan perkara ini. Anda kenal dengan siapa yang rapat dengan orang yang anda suka itu? Tanyakan.

Saya sendiri, bila jatuh hati dengan perempuan yang saya suka, saya pergi bertanya kepada yang rapat-rapat dengannya. Senior-senior, ustaz-ustazah, keluarga, untuk tahu berkenaan dirinya. Saya hingga pergi berziarah ke rumah perempuan yang saya suka. Berkenalan dengan ibu bapanya. Tinggal masa itu saya tidak nyatakan hasrat saya. Sebab saya sekadar nak tengok, perempuan yang saya suka ini, keluarganya bagaimana. Rumahnya bagaimana.

Kita perlu ingat, kita perlu dipandu keimanan di dalam hal ini, bukan dipandu rasa. Sebab itu, background checking adalah perlu. Kita bukan ikut rasa suka kita semata-mata. Suka, terus nak kahwin. Jangan demikian. Buat background check dulu.

Kata nak berkenalan kan? ^^

Ustaz Dahlan bin Mohd Zain ada ajar saya bahawa, bila benar-benar hendak berkahwin ini, mengintai tingkah laku orang yang kita berkenan itu pun dibenarkan. Sebab, kita nak kahwin dengan orang yang betul-betul menyenangkan kita. Jadi, adalah dibolehkan untuk kita mengintai mereka. Tetapi bukanlah mengintai hingga ke privacy mereka. Dan dengan syarat, benar-benar untuk berkahwin. Bukan berniat jahat, bermain-main dan sebagainya.

Jadi, jelas. Background check. Itu level pertama 'berkenalan' dalam hal nak betul-betul nak berumah tangga ini.

Kemudian, bila sudah berpuas hati, rasa dia ok dengan kita, maka buatlah move yang kedua.

Iaitu hantar wakil untuk menyatakan perasaan kita kepadanya.

Tetapi pun, hal ini, lihatlah kondisi diri.

Kalau diri tu masih sekolah, kalau diri itu masih tidak mampu sara hatta diri sendiri, ibadah masih tunggang langgang, fikir-fikirlah panjang-panjang.

Saya, secara peribadi tak ada masalah dalam bab umur, or bab tak ada duit. Asalkan, saya ulang, asalkan, kita lakukan dulu perbincangan dengan kedua-dua ibu bapa kita, penjaga kita. Yang ada ustaz ustazah yang kamcing dengan kita tu, bawak-bawaklah ustaz ustazah itu juga masuk dalam perbincangan ini. Tanya pendapat. Kalau semua rasa kita sesuai teruskan perkara ini, teruskan.

Baik, masuk bab hantar wakil itu semula. Yang lelaki hantarkan wakil, mak ayah, penjaga dan sebagainya. Saya tak galakkan hantar wakil dari kalangan rakan-rakan. Kerana, siapa tahu sejauh mana rakan-rakan anda itu 'jauh lebih matang daripada anda'. Wakil ini, bukan taraf posmen karat. Wakil ini, perlulah dari kalangan orang yang anda boleh percaya dia, yang dia itu boleh tarik anda, perbetulkan anda kalau anda salah. Jadi, saya prefer ibu bapa, penjaga, mas'ul atau mas'ulah, dan yang setaraf dengannya.

Yang perempuan pun sama. Selepas buat background check, hantarlah wakil.Kenapa penting hantar wakil ni? Kenapa tak boleh main pendam sahaja sampailah tiba-tiba jejaka/puteri idaman hati itu tiba-tiba datang kepada kita?Saya sudah jelaskan dalam note yang lepas.

Kalau tak bagitahu, tak make the move, akan ada dua situasi.

situasi 1 --> Pendam lama-lama, tup-tup dia tak suka kita pun. Frust sahaja bertahun-tahun bazir waktu. Sedangkan, kalau kita tahu, kita boleh sahaja mula cari yang lain pula.

situasi 2 --> Pendam lama-lama, tup-tup rupanya dia suka kat kita. Tinggal kita lambat buat move, dia kahwin dengan orang lain.

Jangan cakap kat saya fasal "dah tak ada jodoh, nak buat macam mana"
Di sini, walaupun kelihatan anda seperti redha dengan takdir, sebenarnya anda lebih kepada menyalahkan Allah SWT.

Sebab sebenarnya, yang salahnya adalah anda. Setiap musibah yang menimpa kita, hakikatnya adalah perbuatan tangan kita sendiri.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”  Surah Asy-Syuura ayat 30.

Kemudian, apabila diterima, kita biasanya akan masuk ke alam pertunangan.
Di alam pertunangan inilah sebenarnya kita memanjangkan lagi ta'aruf.

Janganlah sampai tidak berhubung langsung. Kononnya hendak menjaga syara'. Hendak menjaga diri dari zina hati kononnya. Berhubunglah. Tetapi dengan batas. Pastikan penjaga tahu, ibu bapa tahu bila kita berhubung. Dan sebenarnya, perbanyakkanlah berhubung dengan penjaganya, berbanding berhubung dengan tunang kita. Eratkanlah hubungan kekeluargaan, perdalamkanlah ta'aruf dengan banyak bertanya kepada kedua ibu bapanya. BEerta'aruf dengan pasangan sepanjang pertunangan juga penting, tetapi berpada-padalah. Nasihat saya, banyakkan berhubung dengan ibu bapanya, dengan ahli keluarganya yang lain.

Dan kalau perlu berbincang sesuatu perkara, berbincanglah pakai telefon. Tiada salahnya. Janganlah kerana terlalu nak menjaga, berbincang hanya di atas email dan sms sahaja. Tulisan ini, orang boleh interprestasi 1001 macam interprestasi. Maka situasi perbincangan, berjumpalah(dengan ibu bapa ada sekali) atau pakailah telefon, skype ke, bukannya salah. Nak bina rumah tangga. Kenalah serius. Betul-betul.

Ketika bertunang ini, dibenarkan pergi makan bersama. Tetapi bawalah keluarga. Bukanlah lebih indah dan lebih terjaga?Bukan tidak dibenarkan keluar bersama. Tetapi bawalah keluarga. Bukankah itu lebih cantik dan terjaga?

Saya jujurnya, saya keluar makan dengan tunang saya juga. Saya keluar shopping dengan dia.Tetapi dengan keluarga kami. Kami ditemani kedua-dua ibu bapa kami.

Saya beri hadiah kepada dia. Dia beri hadiah kepada saya. Bahkan kami berbincang lagi dengan kedua-dua ibu bapa kami, hendak bagi hadiah apa.

Saya sering sahaja berziarah ke rumahnya semasa saya pulang ke Malaysia. Bersembang dengan kedua-dua ibu bapanya. Bersilaturrahim dengan abang-adiknya.

Tidak perlu pun saya bercouple berdua-duaan dengannya untuk mengenalinya.
Tetapi saya amat yakin saya mengenali tunang saya. Semestinya bukan 100%, tetapi cukup untuk saya kata, dia adalah yang terbaik saya mampu cari setakat ini untuk diri saya. Cukup untuk menyenangkan hati saya, bahawa bakal isteri saya nanti adalah yang sesuai dengan saya.Banyak lagi kalau hendak diceritakan antara saya dengan tunang saya.
Tetapi indah rasanya kalau cerita itu semua selepas kami berkahwin nanti insyaAllah.
Kena minta izin dia dulu. ^^

Nah.Siapa kata kalau tak couple maka tak kenal?

Tidak perlu couple pun. Tidak perlu merendahkan maruah kita pun. Tidak perlu berhubung bebas pun.
Kenal tetap dapat kenal.

Bahkan, dapat menjaga kehormatan diri, bersih, jauh dari maksiat dan sebagainya.

Penutup: Sesiapa yang faham keluasan Islam, maka dia akan senang dengannya.
Ramai yang tidak mengetahui keluasan Islam.
Ramai agamawan, hanya tahu memberitahu batasan itu dan ini, itu dan ini. Hingga kadangkala mengharamkan yang halal. Kononnya untuk menjaga. Perkara ini  banyak menimbulkan kekacauan sebenarnya. Pada saya, kalau hendak menjaga ketat-ketat sangat, sampai jumpa pun tidak, sampai bincang pun tidak, tak patutlah sebenarnya.

Yang Islam bagi tu, bagilah. Kenapa mesti hendak tak bagi.
Bila cerita apa yang Islam tak bagi, patut tunjukkan apa yang Islam bagi.kena faham bukansemua orang faham Islam macam orang agama faham.

Jadi, kepada yang masih tidak memahami perkara ini(cinta, bina rumah tangga cara Islam n so on), perhatikanlah artikel saya ini.
Mana kurangnya? Bahkan banyak lebihnya.

Anda jauh dari maksiat. Anda jauh dari  kerosakan maruah.
Anda berada dalam rahmat Allah.
Kenal dapat kenal. Kahwin dapat kahwin. Bahagia insyaAllah bahagia.
Maka di mana downsidenya?

Memanglah mungkin kelihatan tidak seromantis mereka-mereka yang keluar-keluar berdua-dua(atau secara berkumpulan) itu. Tetapi yakinlah, sebentar sahaja benda ini. Selepas kahwin, nah, pergilah ke tepi pantai, pergilah ke shopping complex, nak share satu cawan satu straw, nak share satu pinggan satu sudu satu garfu, semua boleh. Jangan risau. ^^

Lagipun, anda perhatikanlah.
Kalau benar cinta, mestilah hendak ke syurga Allah SWT.
Jadi, apa kes kita buat benda yang tak syar'ie atas nama cinta?
Itukan membawa ke neraka? Maka bagaimana itu boleh dinamakan cinta?
So, siapa kata tak couple maka tak kenal?
^^

~ Hilal Asyraf ~
http://langitilahi.com/


Cinta sebelum nikah ada. Couple sebelum nikah yang tak ada. ^^

Read more...

Kata Cinta


Perkongsian: Kata Cinta!


Asas cinta pada saya
Manusia memang suka dengan cinta. Cinta ini pada mereka indah. Saya fikir, kalau orang tanya saya apa yang paling manis dalam dunia, mungkin tak salah kalau saya jawab ia adalah cinta. Untuk orang yang tengah bercinta la kan. Yang putus cinta, sah-sah cinta adalah benda paling pahit dalam dunia untuk dia. ^^
                Jadi, apakah asas cinta?
                Pada saya, cinta ini asasnya sayang. Saya tak tahu kalau dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci.
                “Saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat.”
                Atau...
                “Saya benci dia. Sebab itu saya sayang dia sangat-sangat.”
                Mustahil la kan? Dengar sahaja pun sudah pelik. Kalau benci perangai tak apa lagi. Ini benci orangnya terus. Kemudian katanya cinta. Memang mustahil.
                Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya. Malah ada satu kata-kata:
                “Seseorang itu, sanggup berubah demi apa yang dicintainya, mengenepikan kepentingan dirinya.”
                Waaaahhh... cinta memang menakjubkan. Ya, kalau sayang, semua benda yang kita kurang sayang, akan kita ketepikan kepentingannya, boleh kita korbankan, boleh kita buang tepi, asalkan benda yang kita sayang, selamat. Bukankah demikian?
                ^^

Cinta orang hari ini
Sebahagian orang, menyatakan cinta itu murah. Malah, ada yang nampak cinta itu busuk. Ada segelintir orang, dia nampak cinta ni keji. Zaman ini, ramai orang begitu.
                Bila Relasi dan Terasing(novel saya kedua dan ketiga) keluar di pasaran, ada orang komen pada saya:
                “Saya lagi suka VT, sebab dalam VT tak ada cinta. Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam VT, tak ada cinta lelaki perempuan. Itu lebih baik.”
                Itu satu contoh. Hinggakan, kalau ada cinta dalam novel, novel itu dianggap pop, picisan, murah dan tidak kualiti. Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta?
                Saya melihat, antara sebabnya adalah, hari ini cinta telah dimurahkan semurah-murahnya. Kenapa boleh jadi murah?
                Kerana kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta, tidak reti untuk bercinta. Dia bercinta dengan cinta yang salah, dengan cara yang juga salah, dengan kefahaman yang juga salah, menyebabkan cinta yang dikibar-kibarkannya automatik menjadi murah, keji, kotor dan menjijikkan. Tidak pula membawa kepada kebaikan, bahkan keburukan. Bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat sana.
                Cinta hari ini dikatakan apabila kita keluar couple, apabila kita berdating, apabila kita naik motor bonceng sama-sama, bila kita pegang tangan sama-sama kita, bila kita minum satu gelas satu straw, kita makan satu pinggan satu sudu satu garfu, kita sanggup gadai dara dan teruna kita, kita sanggup beri apa sahaja. Kebanyakan orang ingat, itu cinta.
                Akhirnya, cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk.

Kata cinta, kata sayang...
Tiada orang kata begini:
                “Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, saya nak lempar awak dalam api.”
                Sepatutnya, orang kata begini:
                “Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, kalau awak masuk dalam api pun, saya sanggup selamatkan awak.”
                Maka, orang yang bercinta tidak mengikut jalan yang syara’ benarkan, tidak mengikut apa yang telah Allah tetapkan, tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah larang berzina, Allah larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah SWT atas nama cinta dan sayang.
                Benarkah sayang? Pada saya, kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka? Kata sayang?
                Saya pelik. Saya hairan. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama-sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka bersama-sama kita?
                “Nanti taubat la...”
                Nanti tu bila? Kalau tak sempat? Janganlah berlagak sangat. Kita tidak pernah tahu kita mati bila. Tengah-tengah bonceng motor seronok-seronok, eksiden, baru tahu. Orang yang tak buat apa-apa pun boleh mati, lagi la orang bergerak hari-hari.
                Kalau cinta, selamatkanlah diri anda dan pasangan anda dari kemurkaan dan keingkaran Allah SWT. Saya tidak nampak itu cinta, kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kita ke neraka. Sama la kita campak dia dalam gaung lepas kita kata: “I Luv You sayang”. Tak ada beza.
                “Ala, kami buat semua benda tu, kahwin juga.”
                Iya? Jadi bagaimana selepas itu anda hendak cuci semua dosa-dosa itu agar tidak pula diikuti anak-anak anda? Rakan-rakan anda? Anda akan menjadi paksi, dalil, untuk orang melaksanakan kejahatan yang sama. Anda mungkin berjaya kahwin, tetapi entah berapa ramai lagi di luar sana yang berzina, yang lahir anak luar nikah, yang bunuh diri, semuanya kerana cinta yang tidak kena atas landasannya. Dan bagaimana anak-anak anda?
                “Bapak dengan Mak pun dulu couple.” Ambil sebjik.
                Anda mungkin selamat berkahwin. Anak-anak anda yang nantinya bercouple juga?
                Nah. Apa kebaikannya?
                Sebaiknya, kita ubah mula dengan diri kita. Mengapa tunggu lagi?
                Kata sayang. Kata cinta!

Penutup: Bercinta, sayang, mesti la sampai syurga
Saya la kan, kalau saya dengan perempuan yang saya cinta, saya suka untuk nak masuk syurga dengan dia. Nanti kami duduk depan mahligai kami di Syurga, di bawah pohonan rendang, dikelilingi haruman syurga, kemudian kami mengenang-ngenang cinta kami.
                “Susah abang nak dekati sayang dulu.” Sambil saya ketawa, menceritakan betapa saya sabar menahan diri saya untuknya.
                “Saya pun jual mahal lebih kat abang dulu.” Dan dia pun bercerita betapa dia pun usaha menjaga dirinya.
                Kemudian kami akan masuk cerita fasal anak-anak, macam mana susahnya di dunia tarbiyah anak-anak penuh cabaran, macam mana susahnya nak hidup kekal dalam redha Allah, dan kami akan cerita tu semua, dikelilingi anak-anak kami di sana. Bahagia. Perit jerih itu semua akan terbayar.
                Saya nak begitu. Apa sayang kalau campak pasangan dalam kemurkaan Allah?
                Cinta, sebetulnya, cinta sampai syurga.
                Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang.
                Maka, apakah usaha kita untuk cinta itu kekal sampai syurga?
                Apa usaha kita?



Cinta. Nyalakan dengan kebenaran daripada Tuhan!

-Perkongsian dari Hilal Asyraf-

Read more...

Syukran :)

Jazakallah.

Ini yang kita inginkan.

Halwa uzunun :D

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP