Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

Mukhayyam Tahfiz Dan Motivasi Al Quran.

>> Monday 28 November 2011



Assalamu'alaikum dan salam Mahabbah buat semua pejuang pejuang Allah sekalian.
Keif haalukum? Masyi? Heheee ;D

Alhamdulillah ena selamat pulang setelah dekat 5 hari berkampung menjalin ukhwah baru di Kerteh. Anjuran Petronita kalau x silap lah. Huhuu. Kat sane, ena dapat rasa dan alami sendiri apa yang ena biasa baca dalam mana mana buku. Seperti Kem kem macam nilah. Ena baca buku 'Cerita Dari Hati' dan banyak lagi lah. Cemna usroh dan halaqah diorang. Alhamdulillah ena berpeluang merasainya. Semuanya atas izin Allah.

Ena bersyukur sangat sangat sangat kepada Allah sebab bagi peluang kat ena dan adik ena serta peserta peserta lain untuk menyertai kem macam tu. Alhamdulillah. x sia sia 120 hinggit yang ummi abah korbankan. Ena dua beradik jadi berganda lah kan. Ummi cakap xpelah duit tu. Yang penting ilmu. Ena pun bnyk fikir jgk. Kesian abi klua duit bnyk2. Tapi, bila fikir fikir lagi kan, ena dapat balas balik dengan ena ikhlaskan hati ke kem tu. Biar keihklasan ena dapat menambah pahala ummi abi. Insha Allah.

Izan, ena eksaited jgk neh nak citer serba sikit apa yang ena lalui sepanjang di kem tu.
Ena sampai around 8 a.m kut. Satu family pi anta kitorang adik badik. Siap siap daftar semua, ummi abi balik. Para peserta buat halaqah besar sebelum dibahagikan mengikut halaqah masing masing. Mursyeedah ada 3 orang. Ukhti Fad, Ukhti DJ, Ukhti Ezzah. Kalau mursyeed tu ramai jgk lah. X sempat nak kira. Sorilah :P
Thumma kitorang main game. Game ni ada nama tau, 'Aku Berdiri Sebagai Hukum'. Haa. Perkh gak bile dengar nama game neh. Game pasal hukum hukum tajwid. Jadi lam game neh ena x teror mana. Sahabat baru ena, Damia memang menjadi harapan kami time tu. Masing masing harap bantuan hiya je. Heheee :D
Cara main tu malas lah nak explain kat cni ye. Kalau nak taw, text text ena jep. Huhuu :P

Ena satu halaqah dengan adik ena, Nadiah a.k.a Nurin. Halaqah Khadijah. Dan mursyeedahnya ialah Ukht Fad. Memang seorang yang ceria dan suka buat lawak. Hehee. Memang first first tengok Kak Fad (ena pggil Kak Fad ekceli) nampak cam garang. Takuttt. Hehehe. Tapi bila hari berganti hari, baru la kenal cemna sebenarnya Kak Fad tu. Bukan setakat Kak Fad, tapi semua ahli ahli halaqah. Lama lama jadi makin mesra. Mula kenal sesama sendiri. Alhamdulillah bertambah bilangan sahabat ena.
Amiinn..

Sepanjang kem ni, kami dikehendaki menghafal juzuk juzuk ama. Surah Al Mulk , Al Insaan. Alhamdulillah. Para mursyeed ada gak berkongsi tips tips apal Quran. Lagi kami dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang mukjizat mukjizat nabi. Haa satu gi, kami pun kena ingat makna makna surah. Kami diberi pendedahan asbabunnuzul satu satu surah tu. Selama ni xdenye nak ambil tahu pasal makna surah surah dan kenapa ianya diturunkan. Memang x ambik tahu langsung. Tapi, bila dah diberi pendedahan, hati mula tertarik nak tahu dan nak kaji sebab sebab turunnya sesuatu ayat dalam Kalamullah tu.

Kami ada buat presentation pasal Surah yang kami dapat ( akhi syed da bagi bagi surah surah pada setiap halaqah ). Halaqah ena dapat Surah al Falaq. Nanti ena share balik peristiwa di sebalik surah al falaq tu ye.
Okeyy, setiap kali ada presentation, ahli ahli kumpulan suh ena. Huuu apa nak buat. Xpelah, boleh kumpulkan markah. :P
Hmm, masa present tu kan, ena kena baca la surah tu, jadi ena baca, sebelum ena mulakan bacaan, ena cakap ( guna microfon )  " Semoga setiap apa yang kita baca dalam Quran ni, dapat meresap dalam hati dan jiwa masing masing " . Ena sebenarnya takut kalau kalau, niat di hati menyimpang. Tapi niat ena bukan nak menggoda sesape. Faham kan maksud ena ? Sebenarnya ena memang cuba elakkan daripada baca atau buat persembahan depan orang ramai. Banyak khilaf, tapi ena yakin dengan niat betul, alhamdulillah xde apape. Insha Allah.

Riadah

Tahu apa riadah? Tahu? Bagus bagus.
Kami riadah xdelah berat sangat. Just ringankan minda. Biasanya yang handle riadah ni Akhi Fauzan.
Antara riadahnye :
- Siput siput
- Ular (ape tah)
- Buat tepuk semangat
- Ada tambahan tepuk senyum malu plak
- Pang Ping Pong Pyang ( x tau nak terangkan disini )
- Belon air. pasing pasing ke belakang.
- Acara x dirancang - Baling belon air (stress betul baju basah )
- Bowling di Pantai
- Nyanyi ( kaki atas jalan, jalan yang hitam ) Haha !
- explorace

Mungkin ade lagi kut. Tapi lupe da.

Tautan Ukhuwah

Kami makan sama sama satu meja. Satu halaqah satu meja. Dan time makan tu lah kami banyak berkongsi apa saja. Gelak ketawa. Memang betul satu cara memper-eratkan lagi ukhwah.
Kak Fad kami, makan sayur banyak. Katanya kita makan berlaukkan sayur. Gitulah.
Ada satu kesah yang kelakar, Farah, sahabat ena yang memang dah satu sekolah, dia ngadu, asal xde buah time makan. Sebab tu rasa macam susah nak tut tutttt (faham kan? )
Haha, pastu, masa makan tengah hari kalau x clap, tup tup ada disediakan pisang. Kitorang ketawa lah. Rupa rupanya Kak Fad bagitau makcik tu (kot) . Hehee tapi sayang, dah hari ke berapa baru leh makan buah. Xpe Farah, balik ni hang nikmatilah kelegaan tu ye ! Hahaa.

Ukhwah kami makin erat lagi bila sama sama perlu bekerjasama unuk buat persembahan malam kebudayaan la kut. Memang preparation tu sikit sangat. xde masa langsung. sikit je la masa yang diberi. Halaqah kitorang memang last minute preparation lah. Kena buat persembahan pulak yang ketiga. Fuhh. Tapi alhamdulillah, berjalan lancar. Dapat lah no 2. memang x percaya. Mungkin sebab kerjasama antara kami dan sikap tolak ansur yang membantu segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Ena jadi Narrator. Hahaa. Dan last sketsa tu ena baca surah al 'asr. Sketsa kami memang tentang "Masa".
Baca dengan berlagu lah. Ena x reti nak lagukan sebab terlalu pendek surah tu. Then, petang tu ena call Ustaz ena. Ustaz Yahya Hj Ali. Belajar sikit ikut phone Kak Fad. *Sori Kak Fad, lame jugak ena gune phone tu.heheee.

Sebelum tu, ena ada dengar yang keesokan hari ada peserta AQ nak datang. Tapi xde la mursyeed atau mursyeedah yang bagitau. Mestila nak uat suprise, tapi ena pi tanye ustz Yahya,

Ena : Ustaz ke yang datang esok ?
Ustaz : anti kat mane ni ?
Ena : Kat kem tahfiz di kerteh.
Ustaz : Ow, memang ada jemputan kat kerteh kol 9. Tapi x tahu program cemna tu.
Ena : yekee, kem ana lah kut. Ustaz mari bape orang ?
Ustaz : Adik ana. Tapi x tahula sape lagi. Sebenarnya kene bagi ceramah ke? jadual xde ke?
Ena : emm x tahula ustz, jadual tu kitorang x dapat.
Ustaz : okeeyy lah, xpe stz tanye ustz Yusri jelah. knl x ?
Ena : kenal2. Okey jmpe esok. salam.
Ustaz : wslm :)
Jadi maknanya ena dah tau. Heheee ;D

Esoknya memang ustaz datang ngan adik nya, Hassan Basri. Petangnye plk, Ustaz Hafas ( abg dorang) datang dengan isterinye. Comell sangat.

Malam last di mukhayyam, Abg abg mursyeed dan kakak kakak mursyeedah bercerita. Kisah dan pengalaman diorang. Ahli keluarga yang telah pergi. Apa yang ena belajar disini ialah erti syukur. Syukur kerana ena masih mempunyai ummi dan abi. Syukur ena dapat merasai kasih sayang mereka. Alhamdulillah.
Ramai yang menitiskan air mata. Tapi alangkah bagus kalau air mata yang tumpah tu dapat mengubah hidup kita menjadai yang lebih baik. ? Ena ada jgk lah pengalaman buat malam keinsafan buat adik adik kat sekolah, memang nangis semahu mahunya dorang. Tapi lepas tu, sikap dorang kembali kepada biasa. Macam malam tu je rasa insaf. X suka lah macam tu kan...

Daripada cerita cerita dorang tentang latar belakang keluarga masing masing, ena memang tersangat kagum. Hebat hebat semuanya. Masha Allah, segala puji hanya bagi Allah. Dan pada malam tu, ena ambil kesempatan berkongsi kisah ena sikit.  Rasanya xperlu lah citer kat sini.

Kami sedeh malam tu, sebab dah kena kemas, esok mesti kesuntukan masa nak bersama sama lagi, ada majlis penutup di Surau Rantau, tapi, alhamdulillah, kami sempat bertukar tukar nombor telefon dan facebook masing masing. Semoga ukhwah terus terjalin walaupun dah jauh. Insha Allah kita jumpa lagi ye !
Jauh di mata tapi dekat di qalbu ni :D

Terharu

Alhamdulillah, ena dapat hadiah , 2 buah buku yang amat berharga, memang buku buku yang ena minat sangat. Buku yang boleh memberi motivasi kepada ena. Syukran. Dengan adanya buku buku tu, ena akan terus mengingati kakak kakak yang comel dan baik dan juga abang abang, semoga kalian diredhai Allah.

Ni haa buku buku tu. Dapat 2.Bila bukak pembalut, hati ena ni terharu sangat. Sesuatu yang boleh memberi manfaat jika ena betul betul menghayatinya.



Bagus sangat buku ni. Bagi yang minat mesti dapat
menghayatinya dengan baik. Alhamdulillah.


 Menceritakan pengalaman ustaz Farid ni sebelum dia menjejakkan kaki ke Al-Azhar hinggalah akhir perjuangannya sebagai thalibul i'ilmi.
Pengalaman yang benar benar menarik. Menepati azam ena yang memang nak gi merantau ke Timur Tengah.
Insha Allah.


 Ini Kes kekantoian. Hahaa. Ooo beli kat Popular yaaa.
Heheee ena x kisah. Buku ni berharga bukan pada pelekat harganya tu, tapi isi isi nya di dalam.
Insha Allah ena akan manfaat kan.


Hehee :D

Ena nak upload gambar gambar kat mukhayyam tu tapi xde gambar. Ena xde kamera. Jadi ena tunggu dari auntie Akma n yang lain untuk gamba gamba lain.

Izan, setakat ni sajalah. Ena nak nasihatkan,
Kalau dengar kem yang berteraskan alQuran macam kem ena ni, jangan mudah lablekan bosan. Pi dulu rasa, baru tau, kalau hati iklas kerana Allah, kita dapat rasa kemanisan ukhwah tu. Dan kita xda la darat sangat pasai Quran ni. Huhu.
Ramai sahabat sahabat ena yang pada mulanya pergi dengan paksarela, tup tup, rasa macam xnk balik pulak. x caya? haa korang tanye la tuan badan sendiri. X pun ikut join skali kalau ada lagi mukhayyam macam ni. Ada manfaatnya, ada faedah. X rugi papapun.
:D

Semoga ukhwah yang terjalin akan terus kekal terjalin selamanya.
Ena harap ada lagi lah mukhayyam yang cemni. Insha Allah.

p/s : Rindu betul Kak Fad punya suara rockk.
     : Rindu Sifat keibuan Kak Dj.
     : Rindu manis bicara Kak Ezzah.

Moga kalian x lupa kami semua. Allahuyubaarik.



Ena.Binnabilhuda

1 comments:

wanfad abraham 2 December 2011 at 03:48  

Wah, xsangka adik2 igt akak ni garang.. :P
eh cane leh jmpe blog akk? FB ke?
dan lagi satu... Rock sgt ke suara akak?hoho.. O.0

Post a Comment

Syukran :)

Jazakallah.

Ini yang kita inginkan.

Halwa uzunun :D

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP