Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

Fitrah Insan :D

>> Wednesday 30 November 2011




CERITA INI TIDAK ADA KAITAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG TELAH MATI. hehe*


Segala-galanya bermula dari laman sosial Facebook. Fitrah mengimbas kembali. 3 tahun yang lalu...~

***

Komputer peribadi miliknya dibuka. Hujung minggu begini pasti dirasakan bosan. Laman sosial Facebook dibuka dan terus meng-lon in Facebooknya. Dia mengeluh perlahan. Juga tiada apa-apa nak dibuat. Tapi bila dilihat ada seorang pengguna Facebook yang asing baginya telah meng-add nya as friend, mouse di box accept. Terus dibuka Facebook milik pengguna tersebut. Namanya Nik Amri. Amri? Setahunya tidak ada diantara kawan-kawannya yang bernama Amri. Mungkin sekadar menambah kenalan. Terdetik hatinya untuk membuka photo Nik Amri tersebut. Ouh, Mesir. Terlintas perasaan kagum di sudut hatinya. Tangannya berhenti menekan mouse apabila tiba di satu gambar. Kelihatan pelajar islam Malaysia sedang membuat persembahan nasyid. Semuanya lelaki. Matanya tertancap pada seorang pelajar yang berada di barisan belakang semasa membuat persembahan. Gambarnya di tag dan sebaris nama yang mungkin Facebok milik pelajar tersebut. Tanpa berfikir panjang dia menekan box add as firiend. Entah kenapa. Dia tidak pasti apa tujuan sebenar dia meng add pelajar lelaki tersebut. Setelah setengah jam dengan Facebooknya, dia mengambil keputusan untuk 'log out' kerana matanya terasa berat meminta lelap seketika.

***

"Salam, anti belajar dalam bidang apa di Al-Azhar?" tanpa diduga, sebaris nama yang seperti pernah dijumpa menghantar mesej di chat box. Penghantar tersebut adalah Muhammad Thaqib iaitu pelajar lelaki yang pernah di add sebelum ini. Pelik juga. Apesal budak ni tanya pasal study kat Al-Azhar ni? Soal Fitrah di dalam hati. Spontan dia menepuk dahinya. Oh! Baru dia teringat, info di profilenya menyatakan dia sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Main-main, bukan betul pun. Tak sangka lelaki ini percaya. Salah aku jugak, detik hatinya. Sengih terlarik dibibir. Laju dibalas juga kiriman salam itu. Untuk apa pun dia tak pasti. Begitu lama juga mereka berchatting:

Fitrah: Wasalam. Asif. Ana main tulis je tempat belajar tu kat sana tapi tak pernah pergi pun :):)
Thaqib: Eh? Laa yeke? Hmm, tak sangka mauluduna tusawi .
Fitrah bertambah hairan. Tarikh lahir sama? Terus di buka profile si Thaqib. Ha'ah, yelahh. Tak sangka betul.

Fitrah: Lah, yeke? Tak perasan pulak. Tapi tahun lain-lain.
Thaqib: Eh, bukan sama jugak ke?

Fitrah melarik sengih lagi. Haha, kalau ikut kat profile tu sama lah kut. Memang Fitrah tidak meletakkan maklumat yang sebenarnya di Facebook atas arahan walidnya.

Fitrah: Ouh, taklahh. Ana muda 4 tahun dari anta. Maklumat dekat profile ana tu tak betul mana pun.
Thaqib: Oww, gitu pulak? Takpela kan, sambut tarikh sama-sama jugak kann ;);)

Tergamam Fitrah seketika. Ahh, Thaqib cuma bergurau, detik hati kecilnya.

Fitrah: Haha, a'ah :):)

Perbualan mereka selama beberapa minit telah memberikan Fitrah sedikit maklumat tentang lelaki tersebut. Rupa-rupanya Thaqib pelajar di salah sebuah Maahad Tahfiz di Mesir. Dia telah menghafaz 28 juzuk Al-Quran dan sedang berusaha mengkhatamkan hafazan sebelum hujung tahun. Pemuda ini berasal daru negeri Perak.
Fitrah termenung. Aku ni dah tersangkut ke? Dalam diam Fitrah beristighfar. Takut benar jika dia terpesong. Na'uzubillah min zalik, mintak simpang.
Fitrah terus berwudhuk untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha 2 rakaat. Memang sudah menjadi kelazimannya.
Dalam bait-bait doanya Fitrah dengan penuh rasa tawadhuk berdoakepada Allah agar dirinya tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Tidak lupa juga untuk menitipkan doa buat mualimun, sahabat serta saudara maranya dan yang paling utama mestilah, walid dan uminya :):)

bersambung ...
.
  • November 14
    Binnabil Huda
    • 6 bulan berlalu, dan dalam tempoh tersebut juga, hubungannya dengan Thaqib semakin rapat atas nama sahabat. Tetapi itu tetap merunsingkan Fitrah. Apa benar sahabat? Mereka jarang berhubung.
      Lebih sukar apabila di tempat Thaqib belajar, kemudahan telah disekat dan para pelajar akan dibawa keluar ke bandar sekali sebulan untuk berhubung dengan keluarga.
      Fitrah hanya menganggapnya sebagai seorang abang. Abang yang selalu menitipkan kata-kata yang semangat kepadanya tapi dia sedar, Thaqib bukan mahram baginya. Batas tetap perlu dijaga.
      Kini, 2 bulan sudah hilang tanpa berita. Apabila Thaqib online, dia tidak online dan begitu juga sebaliknya. Seperti ada yang menghalang. Fitrah sedar. Syukur dipanjatkan. Mungkin Allah ingin menjaganya.

      Fitrah telah diterima ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Doa dan syukur tidak henti-henti diucapkan. Fitah sangat bersyukur. Setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Akhirnya tercapai hasrat ingin memberikan kejayaan itu kepada ummi dan walidnya.

      Setelah genap 3 tahun belajar, Fitrah telah menggenggam ijazah. Hasratnya ingin menyambung pengajian di Timur Tengah. Berkat doa dan kesabaran serta semangat, Fitrah telah melanjutkan pelajaran ke Universiti of Jordan. Pengajian disana selama 3 tahun.
      Fitrah pada awalnya berat hati ingin meninggalkan keluarga akhirnya telah bersetuju juga apabila ummi dan walid serta adik beradiknya tidak putus putus memberi semangat.
      Dirinya kini sudah dapat dibiasakan di Tanah Arab ini. Begitu bersyukur kerana akhirnya dia berpeluang menjejakkan kai di bumi anbiya ini.

      ***

      "Fitrah, akak keluar kejap nak beli barang dapur. Dah makin lesap kat dalam almari tu nampaknya." Kak Ifti selaku ketua yang dilantik mereka di rumah yang mereka sewa, sangatlah bertanggungjawab dan bersifat keibuan. "Baik akak, jalan baik-baik. Nak Fitrah temankan tak?" pelawa Fitrah. Bimbang juga membiarkan Kak Ifti sorang-sorang keluar. Sebarang kemungkinan mungkin saja berlaku. "Eh, takpe takpe. Fitrah kan dah penat kelas harini marathon. Non-stop sampai takde free time kan? Takpe, kedai tu pun dekat je." memahami. Itulah sikap Kak Ifti yang membuat mereka bertambah sayang.

      "Kak Ifti mana?" Solehah yang muncul dari dapur menyoal Fitrah setelah gagal menangkap kelibat Kak Ifti di ruang tamu.
      "Keluar beli barang dapur" jawab Fitrah ringkas sambil tangannya tidak jenuh menaip sesuatu di laptopnya.
      "Anti buat apa?" Solehah telah pun duduk disebelah Fitrah sambil menghulur mug yang berisi Nescafe kepada Fitrah.
      "Syukran. Tengah siapkan tugasan Prof Amar" jawab Fitrah.
      "Oh. Fitrah, anti dah siapkan kertas kerja untuk lawatan ke UAA tu nanti? Kata Prof Ghafar, minggu depan lawatan akan bermula." Solehah membuka topik pasal lawatan yang bakal diadakan di Universiti Al-Azhar, Mesir. "Oh, sudah. Tapi belum hantar untuk ditandatangan. Ana kesuntukan masa nii. Hesh, nak buat macam mana ni?" Fitrah bersandar di sofa. Keluhan ringan dilepaskan. Mengapalah semua tugas yang berat digalaskan ke bahunya? Astaghfirullah, pantas dia beristighfar. "Takpe, biar ana hantarkan kepada Prof Ghafar. Anti janganlah stress sangat. Patutnya anti bersyukur kerana sudah pasti Prof menaruh kepercayaan kepada anti untuk lakukan tugas-tugas penting." tegur Solehah. Kesian juga melihat keadaan Fitrah yang tertekan. "Hmm, betul cakap anti. Tak patut betul ana mengeluh. Terima kasih banyak-banyak. Barakallah! Anti lah sahabat ana dunia akhirat." lantas dipeluk Solehah. Keakraban antara mereka memang utuh. "Dah lah. Jangan nak difikirkan lagi." Fitrah membalas senyum.

      ***

      "Baiklah, seperti yang telah kita atur sebulan yang lalu, akhirnya, Alhamdulillah, tercapai juga hasrat meninjau Universiti Al-Azhar ini." Hilal, selaku penyelaras program sedang memberi taklimat tentang lawatan mereka. Fitrah, Solehah juga peserta yang lain mendengar dengan khusyuk dan sesekali mencata isi-isi penting yang diberikan.

      Setelah 3 hari berkampung di Universiti Al-Azhar, para peserta dibenarkan untuk keluar ke bandar. Fitrah dan Solehah singgah di kafe siber untuk menghubungi keluarga.
      Kelihatan ramai juga pelajar-pelajar yang berkunjung ke situ. Solehah mengambil tempat kosong di bahagian depan manakala Fitrah ke belakang.
      Laman Facebook dibuka. Kelihatan Fahima, adiknya yang sekarang berada di tingkatan 5 sedang online. Mereka bersembang dengan gembira. Macam-macam cerita yang nak disampaikan daripada dua-dua belah pihak. Perasaan rindu yang mengcengkam di dada.
      Sedang asyik bersembang melalui chat box, ada seorang yang menyapa Fitrah dalam chat box yang lain. Thaqib! Tergamam Fitrah. Sudah lama benar mereka terputus hubungan.

      Thaqib: Salam. Lama tak dengar khabar. Kaifahaluki? Anti di mana ni?
      Fitrah: Wasalam. Ya, ana ada di kafe siber. Kami buat lawatan ke Al-Azhar.
      Thaqib: Al-Azhar? Anti dah further study kat Middle East ke? Ana langsung tak tahu. Anti di kafe siber mana?
      Fitrah: Asif. Ingat dah lost contact. Kafe siber sebelah kedai bahan mentah di bandar.
      Thaqib: Sohih?
      Fitrah: Na'am

      Tiba-tiba Solehah memanggil. "Fitrah,anti dah selesai belum?" lantang juga suara Solehah. Solehah terispu malu sendiri apabila beberapa orang berpaling ke arahnya. Jelas terkejut. "Asif, asif." ucapnya. Fitrah tertawa dalam diam. Tanpa disangka, matanya bertembung pandang dengan seorang pemuda yang duduk selang satu kerusi darinya. Pemuda itu juga sedang merenungnya. Cepat-cepat Fitrah mengalih pandang. Aneh? Mengapa orang tu tengok cenggitu?
      "Eh, Fitrah, jomlah ana dah lapar." rengek Solehah. "Oh, err, ya, yaaa. Okay, jom pergi makan." terus dicapai beg sandangnya dan baru beberapa langkah dia hendak meninggalkan kafe siber itu, namanya dipanggil. Asing sekali suara itu. Garau. Siapa ya? "Fitrah berpaling terkejut. Pemuda tadi? Macam mana? Err, kenal aku pulak? Ishh, seram. Solehah ikut berhenti.

      bersambung..

  • November 14
    Binnabil Huda
    • "Fitrah? Anti Fitrah ke?" pemuda tadi menyoal. Ada riak bersalah di mukanya. "Err, na'am. Ana Fitrah. Man Anta (awak siapa)?" Fitrah memberanikan diri bertanya. Pemuda tadi melarik senyum tapi anak matanya tidak bertentang dengan anak mata Fitrah. Jelas sekali, pemuda ini amat menjaga pandangannya, detik hati Fitrah.
      "Ana, Thaqib." Mendengar sebaris ayat itu tubuh Fitrah terasa kejung. Tidak boleh bergerak. Dadanya seolah membeku. Jantungnya seperti berhenti berdegup atau berdegup kencang tika ini. Tergamam Fitrah seketika. Tiada kata yang mampu diucap. Solehah yang memerhati menjadi hairan akan dua insan di depannya. Apa dah jadi? Soalan Solehah hanya bermain di benak tidak terlahir di bicara.
      Bagi Fitrah, ianya seperti mimpi. Tak mungkin. Tapii.. argh! Dia tak pernah terfikir akan pemuda yang hanya dikenal di dalam Facebook akan bertemu empat mata dengannya. Bagaimana dia tak perasan. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan bicara.
      "Maaf, anti tentu terkejut. Ana pun terkejut juga sebenarnya. Memang tak sangka kan? Hebatnya rancangan Allah." Thaqib menunduk sedikit. Fitrah mengumpul segala kekuatan yang ada. "Ya, benar. Ana tak pernah menjangkakan semua ini. Memang hebat rencana Allah. Asif, ana perlu beredar sekarang."
      Thaqib hanya melihat kelibat Fitrah menghilang. Wanita yang selama tak pernah menunjukkan muka di dalam Facebook kini sudah berdepan dengannya. Benarkah? Apa maksud semua ini? Thaqib meraup wajahnya yang putih bersih itu. Istighfar .. Langkahnya disusun menyertai rakan-rakan yang lain. Walaupun jasadnya bersama mereka tapi fikiran tidak turut serta.

      "Fitrah, anti kenal ke pemuda tadi? Siapa namanya? Thaqib ya?" Solehah menyerang Fitrah dengan soalan bertubi-tubi. "Hmm, takdelah kenal sangat. Kenalan Facebook je. Tak sangka akhirnya bertemu empat mata. Fitrah seakan hilang minat untuk bercerita. Mungkin masih terkejut.
      "Eh yeke? Wah bestnya." Solehah membuat muka terujanya. "Cerita lah dekat ana kisahnya." Solehah memujuk Fitrah menceritakan segala-galanya. Akhirnya Fitrah mengalah dan terus bercerita dari A ke Z.
      "Wah, ada jodoh ni." komen Solehah. Fitrah termenung. Ah! Usah difikirkan. Mungkin hanya kebetulan. Bentak hatinya. Kerja yang terbengkalai tadi diteruskan. Dek khusyuk menyiapkan tugasan, terus dilupakan peristiwa siang tadi.

      ***

      Tesergam indah sebuah banglo tiga tingkat milik Datin Khairiah. Dia berjalan ke arah pintu sesudah memarkir keretanya di tepi banglo tersebut. Loceng ditekan. Kelihatan Ami, pembantu rumah Datin Khairiah melangkah keluar mendapatkannya. "Eh, Cik Marlina. Jemputlah masuk. Datin ada di dalam." pelawa Ami lantas membuka pintu memberi laluan kepada Marlina. "Assalamualaikum." salamnya dijawab dari ruang tamu. Datin Khairiah tersenyum mesra. "Waalaikumussalam. Haa, Lina, jemput duduk. Lama tak bertandang ke sini ya. Bila Lina balik?" Mereka duduk di atas sofa yang empuk. Marlina mengukir senyum. "Baru je sampai minggu lepas." jelasnya. "Ish, cara bercakap macam baru sampai pagi tadi je." Marlina tersengih. Perbualan mereka berkisar kehidupan masing-masing terhenti apabila Ami menghantar minuman dan kuih-muih. "Terima kasih Ami. Ucap Datin Khairiah. Marlina mengangguk kepala tanda terima kasih.
      "So, bila nak ajak aunty makan nasi minyak ni?" usik Datin Khairiah.
      "Lambat lagi kot aunty. Calon pun takde lagi." balas Marlina. Keruh sahaja wajahnya. "Ish, muka sikit punya cantik takkan tak ada yang tersangkut kut?" soal Datin Khairiah hairan. Marlina menggelengkan kepala tanda tidak mahu menyebut hal itu lagi tapi Datin Khairiah seakan semakin berminat untuk berbincang. "Beginilah, apa kata aunty satukan aje Lina dengan anak bujang aunty tu." Datin Khairiah tiba-tiba memberi cadangan. Berkerut dahi Marlina. Jelas riak kaget di wajah. Masakan tidak. Lelaki yang sudah lama bertakhta di hati.
      "Macam mana? Lina setuju tak?" soal Datin Khairiah apabila tidak melihat respon Marlina. "Oh, err, Lina. Kalau Thaqib setuju lah." Marlina tersenyum kemenangan. Mudahnya!
      "Kalau macam tu senang aje. Bulan depan si Thaqib balik, nanti aunty cakap dengan dia." beritahu Datin Khairiah. Senang hatinya jika dapat bermenantukan Marlina. Tuannya bukan sahaja cantik, berpelajaran pula!
      "Terima kasih aunty. Lina memang harap dapat suami sebaik Thaqib." sopan bicaranya. Alahh, cover laa. Nak tackle anak mesti kena tackle mak dulu.
      Setelah lama berbual, Marlina meminta diri untuk pulang.
      "Nanti datanglah lagi. Aunty boring duduk rumah sorang-sorang ni. Lina datang, boleh jugak bawa sembang kan." pelawa Datin Khairiah. Wah, pucuk dicita ulam mendatang. Inilah peluang aku. "Ya aunty, nanti saya datang lagi." janjinya pasti. Ya, pasti!
      "Jalan elok-elok." pesan Datin Khairiah persis ibu menasihati anak kecilnya.

      bersambung..

  • November 16
    Binnabil Huda
    • Thaqib, Hamdi, Hilal dan Ammar berkumpul di meja makan untuk makan malam. Hidangan lauk pauk yang beraneka jenis membuka selera mereka. "Wah, sedap betul kau masak!" puji Hamdi ikhlas. "Ha'a laa Thaqib, terror jugak kau bab-bab masak ni ekk." sokong Ammar sambil menambah nasi. Thaqib hanya tersengih. "Syukran. Nanti boleh la korang masuk kelas masak dengan aku ekk." balas Thaqib gurau. "Eh eh, takmau lah aku, nanti kau tak masak dah. Aku pulak kena masak kang." Hilal yang dari tadi senyap turut menyampuk membuat mereka yang lain tertawa. Faham benar perangai sahabat mereka seorang ni. Anti-dapur.
      "Yelaa tu. Nanti dah kahwin nak harap kat bini jelah ek?" balas Hamdi. Mereka sekali lagi ketawa. Entah apa yang lucu sangat. Tapi itulah simbol keakraban mereka.
      Gilir-gilir mereka membayar sewa rumah. Tak seorang pun merungut. Masing-masing saling memahami.
      "Aqib, kau balik hujung bulan ni?" soal Hilal apabila mereka duduk berehat menonton televisyen.
      "Ha'ah." jawab Thaqib. "Aku pun nak balik tapi mak aku tak bagi." Thaqib menoleh ke arah Hilal dengan kerutan di dahi. Hamdi dan Ammar menggaru kepala yang tidak gatal. "Apehal pulak?" Hamdi menyoal. Hairan. "Err, sebab.. aku.. err, tak terima pilihan diorang nak buat jodoh." jawab Hilal tertunduk malu. Mungkin cara Hilal bercakap mengundang rasa geli hati pada yang lain menyebabkan mereka ketawa terbahak-bahak.
      Berkerut wajah Hilal memandang mereka. "Apa yang kelakar sangat?" soalnya naif. "Err, habis kenapa kau tak terima?" Hamdi bertanya lagi sambil mengesat matanya yang berair. Semangat sangat ketawa. "Budak perempuan tu janda dan ada anak. Umur pun 36." laju sahaja dia menerangkan siapa perempuan pilihan orang tuanya.
      Tanpa disangka-sangka Ammar terjatuh dari kerusi sambil menekan perutnya yang senak ketawa. Excited sangat ketawa kat orang ekk. Yang lain boleh lagi nak cover. Hilal mendengus geram. Thaqib meletakkan tangannya ke bahu Hilal, dengan tawa yang masih bersisa tapi bijak disembunyikan. "Cenggitu ek? Kau balik jelaa pastu explain la cerita sebenar. Takkan ibu kau tak faham kot." Thaqib memberi keyakinan kepadanya. "Yalah, aku fikir." "Hilal, sorry tapi kenapa mak kau nak jodoh kan dengan perempuan tu? Kelakar laa." Ammar bertanya jujur sambil membetulkan duduk di atas sofa. Hamdi hanya tersengih dan memerhati. "Hmm, mak aku kesiankan dia. Dah lah janda, anak kecik-kecik lagii." ujar Hilal. Mereka mengangguk faham.

      Setelah menikmati segelas kopi, masing-masing naik ke bilik tidur. Thaqib membuka laptopnya untuk mengemaskini foldernya. Tiba-tiba.. dia teringat pertemuan yang tak disangka di kafe siber tempoh hari. Terbayang-bayang wajah perempuan yang bermata redup itu. Fitrah. Allah telah mempertemukan aku dengannya. Apa makna semua ni? Tatkala bertentangan mata tanpa sengaja, hatinya dipagut resah. Jantungnya berdegup kencang. Apa makna semua ni? Sudah terpautkah wahai hati? Mudah benar. Fikir Thaqib. Letih betul. Tiba-tiba dia tidak jadi menyemak folder dan terus menghempas badan ke katil. Matanya terlelap tanpa sedar

      Bayangan Fitrah datang dalam tidurnya. Entah apa maksud disebalik mimpi ini.

      bersambung...
  • 1 comments:

    Alam Allah 30 November 2011 at 19:17  

    nantikan sambungannya :D

    Post a Comment

    Syukran :)

    Jazakallah.

    Ini yang kita inginkan.

    Halwa uzunun :D

      © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP