Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

Indahnya Mendapat Hidayah.

>> Saturday 27 August 2011




Assalamu'alaikum wbt.
Kaifahalukum?
Marilah kita sama-sama renungkan.





Setiap kita punya cerita sendiri. Ada yang dicanang-canang di kedai kopi. Ada yang tersimpan rapi. Walau apa pun cerita kita, kita tetap sama, punya rasa yang serupa.

Aku begini, kau begitu. Cara sahaja yang berbeza dan malam ini, tiada beza seperti malam-malam yang telah berlalu. Saya masih di sini, di rumah. Jasad di sini. Jiwa melayang entah ke mana. Akan tetapi bukan itu isunya yang utama.

Kepulangan kali ini nyata berbeza dengan yang sebelumnya. Bukankah hidup perlukan perubahan? Dan perubahan itu sepatutnya menjadi sesuatu yang lebih baik. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga orang-orang di sekeliling. Ironi sekali perubahan itu tidak berlaku di sana, di United Kingdom.

Sebaliknya di sini, di Malaysia. Akan tetapi segala persediaan dan proses menyiapkan diri berlaku di sana. Cuma di sini yang terdetik hati setelah dibulatkan tekad. Hidayah Allah itu sangat indah bukan?

Apa yang kita perlu buat hanyalah usaha. Sama ada mahu atau tidak dan sejujurnya, perubahan yang berlaku mengambil masa tidak sampai dua minggu. Bermula dengan berjinak-jinak dengan skirt labuh dan seterusnya blaus yang longgar, akhirnya membawa kepada jubah yang labuh dan sangat longgar.

Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang benar.
Sekian.


Ena.Binnabilhuda.

0 comments:

Post a Comment

Syukran :)

Jazakallah.

Ini yang kita inginkan.

Halwa uzunun :D

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP