Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

Bayu petang..

>> Monday 5 December 2011




Assalamu'alaikum dan salam mahabbah buat semua sahabat sahabat yang ena sayangi kerana Allah. Lama gak x post ape ape kan? Sebabnya xde kemudahan dan idea pun x kunjung kunjung tiba.

Alhamdulillah, ya seperti antum lihat tajuk entry kat atas ni, Bayu Petang, sebenarnya, petang tadi ena wa usroti pi jogging macam kebiasaannyalah. Izan, terdetik di hati ena untuk berkongsi apa yang ena lihat dan rasa dan segalanya yang bermain di fikiran ena sekarang. Memang apa yang ena lalui hari ni bukan sesuatu yang baru, tapi, baru hari ni ena rasa nak kongsi sama sama. Heheh. Oryte.

Kereta abi masuk kat salah satu tempat parking kat taman tasik sura tu. Emm, ramai orang harini. Biasa dalam 2 3 orang je. Mungkin para ibu ibu bapak bapak* cuti kut harini. Budak budak kecik yang comel comel ade yang lari lari. Main buaian. Ada yang duk ngan mak ayah dorang je. Ada gak yang tengah nanges. Mungkin maknye marah kut. Ya, pelbagai ragam manusia.

Ena ngan Nadiah*adek start jalan jalan kat laluan jogging tu. Najihah n iman *adek, dah pi main gelongsor,kuda dan memacam permainan kat ctu. Umi lak tunggu abah tuka kasut kat kete. Okey, ena teruskan jalan ngan nadiah. Handphone ena masukkan lam kocek seluar. Jalan jalan dan jalan lagi. Segar mata tengok pokok pokok hijau. tepi tu ada tasik. *tapi nampak cam paya je -,-
Tiba tiba, mata ena tertancap ke arah makhluk makhluk yang membuatkan ena mengeluh. Tapi, ena cuba berfikiran positif. Mungkin dorang adik beradik. Tapi, xkan klua bedue je kut. Mane mak ayah? macam macam persoalan bermain dalam benak ena.

Ena tengok, *bukan saja saja nak intai. Tapi dah asek lalu kat situ, ter jugaklah. Si Gadis kelihatan tengah cakap something kat Si Pemuda. Dan Si Pemuda kelihatan tunduk pandang tanah. Kemudian Si Pemuda kesat mata. Nanges? Ah, pedulikan. Tapi x boleh x peduli, Si Gadis pegang tangan Si Pemuda. Tercengang. Fuh. Tapi, mungkin adik beradik. Hmm.

Ena ngan Nadiah start jogging. *sebab kan ena jalan jalan je mulanya. Ena terpandang kat salah satu pondok yang lain, ada lagi?! Hati ena kuat mengatakan mereka tiada hubungan halal. Astaghfirullah. Ya, memang bukan sesuatu yang pelik zaman sekarang. Pasti mereka x dapat pendidikan yang baik. Dari segi agama. Ena mengeluh lagi, dalam hati ena berdoa. Moga Aku di jauhkan dari segala perbuatan yang dikutuk Allah.

Tidakkah mereka tahu batas batas yang perlu dijaga? Tak mereka tak tahu. Kalau tahu mengapa mereka tetap lakukannya jugak? Mungkin salah seorang daripada mereka tahu tapi buat buat tak tahu. Atau sebenarnya mereka x faham? Hati ena merintih lagi. Mane x nye, ena hanya mampu lihat dengan mata dan mencegahnya dengan cara selemah lemah iman. x ada sesape ke yang nak tegur? Ena pandang sekeliling. Masing masing sibuk dengan hal sendiri. Mungkin dalam fikiran mereka yang lain ' apa boleh buat.' 'Biasa la tu' .

Jadi sampai bila?

Persoalan demi persoalan muncul. . . .

Ena.Binnabilhuda


Comment Back Myspace Comments

0 comments:

Post a Comment

Syukran :)

Jazakallah.

Ini yang kita inginkan.

Halwa uzunun :D

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP