Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

..Parents' sacrifices..

>> Tuesday 18 October 2011


Assalamu'alaikum and a very good morning to all the servants of Allah..
Hows ur day? Alhamdulillah? yes of course right ..
grateful to Allah for with His and kindness we can no longer breathe the air imitate this beautiful morning. Alhamdulillah. (kalo broken language just telan jelah eah, hehe ^^)





baiklah, pagi tadi, around 6:45 a.m , ena ikut ummi hntr adik2 pegi madrasah dorg. tiap2 pagi jgk lah kut smnjak ena duk umh ni. dan tiap2 pagi sblum pegi hntr adik2 ke madrasah, mmg ade se bakul kain y ummi wt klua nk jemur. tiap2 pagi. ena betul2 kasihan. mmg tu sptutnya tugas ena. tapi kadang tu ena rase bersalah sebab kalau ena terbangun lewat la kekadang, ummi akan jemur kain tu dulu. sekarang kerja ummi x henti. dari pagi sampai petang. malam sediakan makanan abi. pagi tadi ummi bangun awal sbb nk sediakan al-futur buat abi nk gi keje. sgguh besar pengorbanan seorang ibu.

kalau lepas sembahyang maghrib,(kami smbhyg lam satu bilik khas utk solat) ena tatap wajah ummi time ummi baca doa. tentulah ummi x sedar sbb ummi tutup mata. syahdu. ummi pasti sedang doakan kami semua. berkerut-kerut wajah ummi. ena x sggup lagi nk tatap sbb terlalu kasihan. sebab tu setiap kali berjauhan dengan ummi , ena akan bayangkan wajah ummi. masa tu akan membara semangat ena nak bljr sggh2. nk bagi ummi kejayaan. ena prnah berjanji pada diri ena, ena nk dapatkan 9A utk ummi dan abi. tapi ntahlah ap result y bakal keluar. ena dh usaha. bg ena, kalau x dapat kjayaan dunia, ena akn usahakan y akhirat. ena nk jadi seorang hafizah, penghafaz al-Quran. sbb ena ad dgr tazkirah ustz2 ena, org y hafal Quran kelak dpt tarik 10 ahli keluarganya ke syurga. ah, alangkah beruntungnya kedua ibu bapa ena jika ena brjya dpt jadi hafizah. itu impian ena. ena pnya keinginan sendiri tanpa ap2 paksaan. ena tahu ganjaran dari Allah itu utk hamba2Nya y ikhlas melakukan ibadat kepadaNYA. insyaAllah, doakan ena eah. :)

abi, atau ena pggil abh.
abh bnyk sgt berjasa. walaupun abh jenis y panas baran sikit, ena sgt bersyukur. mungkin sbb sikap tegas abh tu lah y buat kami adik beradik x pernah cari pasal ngan abh. abh didik kami dari kecik dgn sgt3 tegas. mmg x luput di ingatan mcmne kami pernah dimarahi abh. kini, ena sedar, kalau abh lmbut2 kan kitorg dulu, pasti kami jadi seperti ank2 y suka lawan ckp ibu bapa mereka. kami syg abh. ummi pon. 
ena jgk sedar, bile ena dh besr camni, abh x lagi marah2. sebab ena fikir mungkin abh tahu ena dh matang, dpt fikir mana baik mana buruk. abh nk ank2 dia berjaya dari segi akademik juga berjaya dalam agama. sebab tu time dapat panggilan daripada guru kelas ena di drjh 6 dulu sbb ena dpt tawaran ke sek agama, abh suka. ena x kan hampakan abh.

abh sering sakit kpla. abh ad migrain(betul ntah eja nih) . 
kalau sakit tu dtg, mmg teruk abh. kesian. tapi time2 sakit dpt lagi abh ajk pi jln2. main bowling. sebak ena fikirkan mcmne  lah kalau ena x dpt bg kejayaan kt dorg. sggh besar pengorbanan dorg. 
abh rela habiskan duit demi melihat kami gembira dan x bosan duk umh. walaupun pengorbanan abh agk kabur di pandangan mata kami, ena masih dapat merasai begitu bnyk dan besar jasa abh. abh pergi mncari rezki di luar, tentulah kami kurang jlas dgn pengorbanan abh. cuba kami ikut abh ketempat keje. pasti lebih merasai. 

ummi abh sama sahaja. kasih sayang mereka tidak berbelah bahagi. 
walaupun kebanyakan daripada kita lebih rapat dengan ummi, abh ttap mnjadi tmpat kami mngadu. kami bergantung pada abh. abh lah y uruskan pertukaran ena ke sek agama dulu. 

ena sedar, dulu ena mntak drp abh recorder/mp3 utk ena senang take sore ustz ngaji tarannum sbb mse tu ena berlatih tarannum utk musabaqah. abh belikan. ena mntak kamera y abh jual, abh berikan jgk. dan abh jgk y beri iphone kt ena. ena bkn mntk depan2 ngn abh, ena cma smpaikan hasrat ena kt ummi, ena x pernah mntk ssuatu y sgt brhrga mcm senarai brg2 kt ats nih, ena cuma ckp kt ummi :

"ummi, kalau kk ad duit 6t, kk nk beli recorder tu sbb nnti sng nk record bacaan ustz,nnti sng nk ingt"

mcm tu jer. y kamera tu plk , ena x mntk pon, tapi dh abh tnye nk x, ena pon mule2 tolak, tp last2 amek jgk sbb ad sikit kerosakan n xleh lah klo nk dijual. tai mseh boleh pkai. ena x kesah. tp, yelah, mgkin bg korg bnde tu remeh je kan. tp bg ena, terharu tau x. terharu. 

iphone tu plk, abh belikan utk dia,.
tapi mungkin alasan saje atau ape, abh bg ena terus sbb katenye ssh nk gne,.. cerewet.. tp ena mcm x cye.
tulah pengorbanan abh, ena x kn lpe. kalian plk mcmne? prnh x muhasabah tntg pengorbanan ibu bapa kalian?
sbb bile kite muahsabah nikan, kite dpt kesedaran, kita akn lebih tahu kewujudan ibu bapa kita. 
xnklah jadi sprti ank derhaka. sggup ke kita lihat ibu bapa kitajadi hamba pada seseorang ? yaitu kita sendiri?

kalau lah antum tgh baca entry nih, mesti teringat kat ummi abh antum kan? 
jadi apelagi, smntra ingat, jom kita bacakan doa untuk kedua-dua org tua kita, hara2 mereka sejuk hati dapat melahirkan kita kedunia, jgn sia2 kan mereka eah, nanti pasti kita akn menyesal,
ayuhlah, bismillahirrahmaanirrahim, :

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu... 
begitulah ank soleh dan solehah ^^
pasti ibu bapa antum syg sgt kt antum semua.
bersyukur lah mereka sgt syg akn kita.
hargailah mereka ketika mereka masih ada. 

haa malam ni sebelum tido pi salam ngn mereka.
kalau mereka xde disisi kita sekarang, call lah mereka mntk ampun. tundukkan ego walaupun kita yakin xde wat ap2 dosa.
dan kalau ibu bapa sesiapa yang telah pergi menghadap Ilahi, panjatkanlah doa ke atas mereka dan sedekah kan al-fatihah bnyk2. agr mereka tenang disana. amin :)


Mentaati Kedua Ibu Bapa

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 
Riwayat al-Hakim

Huraian :

Pengajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar. 

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.



sekian saja
Ena.Binnabilhuda.

0 comments:

Post a Comment

Syukran :)

Jazakallah.

Ini yang kita inginkan.

Halwa uzunun :D

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP