Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

Azam Baru

>> Saturday 19 November 2011


Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah, syukur ena dapat lagi bersama kalian di muka bumi ini. Pasti punya sebab tertentu Allah masih memanjangkan umur kita. Terfikir x kenapa? Diri sendiri lebih tahu bab ni.

Baiklah, seperti yang kita semua sedia maklum, hari ni 23 Zulhijjah 1432. X lame lagi masuk awal Muharam. Cemna sepanjang setahun ni? Azam tahun lepas menjadikah? Bagi yang betul betul istiqamah alhamdulillah. Insha Allah. Azam penting dalam diri kita sebagai insan yang menghitung hari.

Ena dapat kesedaran lebih awal sebenarnya, selepas ena chatting dengan seorang sahabat ena di Mesir,  masa tu ena ada tanya dia, tips tips hafal Quran. Sebab ena memang berminat nak hafal Quran lepas ni.. Insha Allah. Kata sahabat ena, mula mula yang paling penting adalah hati. HATI. Betulkan niat. Bersihkan hati. Jaga hati. jadi mari ena kongsi tips tips tu.
1) Kenal Quran dengan mata hati. alQuran milik Allah dan bukan milik kita atau mak bapak kita.
2) Bersihkan hati. Niat kerana Allah. Dan, istiqamah :D
3) masa hafal, baca satu muke surat sebanyak 3 kali.
4) Mulakan dengan membaca ayat pertama sebanyak sepuluh kali. Hafal sampai lancar. selagi x lancar, jangan alih ke ayat kedua.
5) Bila dah ingat ayat pertama dengan LANCAR, beralih ke ayat kedua.sama macam ayat pertama. Bila dah ingat, ulang balik y pertama dan begitulah seterusnya.
bagi y baru nak ngapal, biasanya ambik masa 4 jam utk ingat satu muke surat.Tapi bila dh lama, 15 minit saja. x caya? Cubalah :D
Masa tu ena terfikir, hati ena rasa macam x sempurna. Macam x sesedap rasa. Faham? Macam masih terkapai kapai. Kadang kadang jiwa ena kosong. Iman ena terkadang goyah dek tiada kemantapan disitu. Ena takut bila sahabat  ena cakap, hati kena jaga betul betul, kalau apa yang kita hafal x masuk maknanya hati kita kotor. Sebab tu sekarang ena sedang usaha bersihkan hati ena. Ena sedang usaha untuk mengubah diri ena ke arah mahmudah. Walaupun secara slow slow. Alhamdulillah. Ena cuma perlu istiqamah setiap perubahan yang ena buat.






Ena sedar, makin hari ena makin meningkat umur. Dan semakin hari ena dapat berfikir lebih matang. Alhamdulillah. Walaupun memang x cukup matang kekadang. Ena sebenarnya banyak muhasabah. Kalian pun muhasabah diri jugakkan? Baguslah. Sebab tu salah satu kita nak mematangkan diri kita. Dengan bermuhasabah. Dengan bermuhasabah, kita dapat lihat dimana kelemahan kita dan kita akan cuba memperbaiki apa yang kurang. Dan hubungan kita dengan Allah akan lebih intim. Insha Allah.

Jadi start hari ni, ena dah pasangkan azam baru ena. Apa azam baru ena? Biarlah ena aje yang tau. Heheee :D  Ena nasihatkan, apa aje yang kita nak lakukan, untuk perubahan diri kita contohnya, lakukanlah kerana Allah dan lepas tu istiqamah. ya. Kawan kawan ena cukup tahu ena suka sebut istiqamah. :D Hehee

Sahabat, kalau kita nak lakukan perubahan pada diri kita, janganlah terlalu drastik. Sebab nanti takut kita x tahan atau sebagainya yang membuat kita kembali ke pangkal jalan yang x betul kita dulu dulu. :D
Lakukan slow slow. Bukan kah kita ada tangga? kalau langkau banyak banyak takut terjatuh ke bawah balik kan.? Kalau satu satu dengan semangat yang kuat untuk sampai tingkat atas, Insha Allah memang sampai. Jangan gopoh gopoh.

Azam baru, ibarat permulaan hidup baru kita. bukan hanya untuk tahun tu tapi selama lamanya. Tahun depan dapat tingkatkan lagi azam yang baik. Lama kelamaan hidup kita teratur dan sempurna.
Hah, baru ena ingat, apa yang kita azamkan jangan sebab orang lain. Tapi sebab Allah. ingat tu !
Jangan sekali kali niat : Aku nak berubah sebab dia.
x kan kemana azam kita tu.

Hmm ena tau post ni agak tidak masuk kot ngan maudu'. Heheee tapi xpelah. asal ada perkongsian. Asal dapat kita gunakan.




Setakat ni saja.
Ena.Binnabilhuda.

0 comments:

Post a Comment

Syukran :)

Jazakallah.

Ini yang kita inginkan.

Halwa uzunun :D

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP