Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

Salam Mujahadah Everyone !

>> Thursday 3 November 2011


Assalamu'alaikum. Alhamdulillah wa syukurillah.



Selamat sudah melalui masa-masa bersama teman-teman selama seminggu di sakan. Macam-macam yang telah berlaku. Macam-macam yang kami lalui bersama bukan sahaja dalam masa seminggu ni tapi sepanjang kami mengenali sesama sendiri.

Dalam masa seminggu ena berada di madrasah, macam-macam yang ena rasa. Yang paling ketara adalah perasaan bosan. BOSAN ?
Awal-awal ena sampai di sakan, hari pertama kedua gitulah, memang blank otak. X tahu nak buat apa. Tapi, suatu petang masa ena duk sorang-sorang di surau, ena fikir.

Kenapa ena rasa bosan ? Ena terfikir, kalau nak difikirkan, banyak benda yang boleh dilakukan. Tapi disebabkan diri yang dikuasai perasaan malas yang tahap maksimum dah kut.
Ena fikir, kenapa masa-masa ena yang senggang ena x gunakan untuk  mempertingkatkan lagi ibadah?
apakah perasaan MALAS bermaharajalela di jiwa dan hati yang hina ini?
Ena fikir lagi, kenapa masa-masa ena yang ena katakan bosan, ena x gunakan untuk cuba belajar topic-topic untuk tahun depan ? Ya. Benar. MALAS.
Dan ena mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain.

Sepanjang seminggu ni, ena sedih sangat. sedih memikirkan diri ena yang x kuat nak tegur sahabat-sahabat ena. memang seringkali depan mata ena sendiri, ada diantara sahabat2 ena yang melewatkan sembahyang.
Ena serba salah. Ena takut bila ena tegur mereka akan pinggirkan ena. Tapi ena x sedar, ena x ada lagi kekuatan tu. Ena tersangatlah lemah. Ena tegur, tapi secara halus. Tapi, nampak gaya macam mereka x faham. sungguh ena memang x ada ciri2 pendakwah. Tapi ena x akan giv up. Ena terus berdoa pada Allah agar ena dapat pimpin sahabt2 ena malah semua orang. inshaALLAH.

Hari sebelum last kami balik kampung, ena sengaja bersolat dalam Dorm je. Solat Maghrib dan isyak. Ena nk mereka terbuka hati bila tengok ena solat. Ena tepatkan waktu solat ena. Ena mandi awal2. Ena ajak diorang. tapi mereka diam. xpelah. asal ena dah cuba. Masa maghrib paling ena sedih. Maghrib dah panjang sangat. Mereka baru nak mandi. Ena salahkan diri ena. Allah berikan ena peluang pegang jawatan sebagai seorang naqibah tapi ena sia-sia kannya. Seperti tidak mampu.

Ena bukan nak meng-aibkan sahabat2 ena. Ena sayang sahabat2 ena. tersangalah sayang. Ena berusaha berlembut dengan diorang. Ena nak jaga hati diorang. Ena suka senangkan hati diorang. Ena sanggup korbankan diri ena, keseronokan ena  untuk mereka. dan yang paling ena tidak lupa adalah untuk mendoakan mereka.

Dalam belog ni ena dapat luahkan kelemahan ena dari macam-macam segi. kakak-kakak ena yang ziarah belog ini, bagilah2 nasihat kat ena. ena perlukan sokongan. sekarang ena dah tanamkan tekad. biarlah mereka atau sesiapa saja yang nak caci atau benci sekalipun. yang pasti dan paling penting , Allah sayang, Allah redha, Allah memberkati usaha kita. insyaALLAH. Jangan takut jangan gentar, INNALLAHA MA"NA !!

Setiap manusia sebenarnya da'ie. Da'ie kepada diri sendiri juga kepada sekeliling. x perlu tunggu dapat tittle naqibah naqib dan sebagainya untuk nasihat dan bawa sesiapa saja ke jalan yang lurus. untuk memimpin.
Samalah-samalah kita merenung :

"Mann Qaala la ila haillallah, wa hua da'ie"
'sesiapa yang menyebut La ila ha illallah, maka dia seorang da'ie'

-Sekian sahaja
Ena.Binnabilhuda.

0 comments:

Post a Comment

Syukran :)

Jazakallah.

Ini yang kita inginkan.

Halwa uzunun :D

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP