Powered by Blogger.

AhIan WasahIan

Mujahideenz.

Allah | Satu

Rehlah di kampung.

>> Sunday 13 November 2011


Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Keif haaluk semua ? Sihat? Jika sakit, sabarlah. pasti itu ujian daripada Allah untuk hambaNya yang beriman. Alhamdulillah , kita di uji Allah. ^^  Baiklah, cemna adik adik ena semua? suka la ni dapat seratus? Hahaa. Nanti abang abang dan kakak kakak dapat jugak. Alhamdulillah. Tak kira lah berapa berapa pun. Yang penting itu semua daripada Allah. Jangan lupakan Allah ya adik adik, kakak kakak dan abang abang. Walaupun kita dapat wang tu daripada tangan insan, tapi hakikatnya ia daripada Allah. Syukurlah, ringan sikir beban ibu bapa kita kan ? Alhamdulillah alhamdulillah. Ena nasihatkan, kita gunakanlah wang tu untuk sesi persekolahan yang akan datang. Jangan guna wang tu untuk sesuatu yang x berfaedah. Ingatlah, jangan sia sia kan nikmat ALLAH ya. ^^

Ena sampai kat rumah around 1 petang semalam. Dari mana? Haa dari kampung lah. Jauh sangatttt. Hahaaa. Lawak je lah. Kat Paka je pun. Ena duk sana dalam 6-7 hari lah kut. Ena sorang sorang je. Adik adik ena sekolah. Kata humma, nak full-kan kedatangan. Nanti dapat anugerah. Hmm. Baguslah tu.

Kat kampung, Tok duk sorang sorang je. Tu yang ena nak gi temankan tok sementara ena cuti ni. Kesian Tok. Kalau Tok sakit sorang sorang cemna? Hmm. jadi ena nak story lah sikit sikit sepanjang ena kat sana. Kenyataan, memang xda banyak benda pun yang ena boleh buat kat kampung. Yang menjadi rutin, MASAK. Hah. Ena suka masak masak ngan Tok.

Jadi, ena nak kongsi sikit ni, selama ena dengan Tok, ena banyak perhatikan Tok. Apa yang Tok buat. Semuanya lah. Heheee. Banyak yang ena belajar. Tok sangat pembersih orangnya. Daripada dirinya hinggalah setiap penjuru rumah nya. Kagum sebenarnya.

Time masak, ena tengok mulut Tok x henti dari terkumat kamit. Ena cuba dengar betul betul, rupa rupanya tok baca Basmallah ulang ulang kali. Mungkin tu lah rahsia semua masakan Tok hatta kuah singgang sekalipun Sedappp sangat. Masha Allah. :) Tok x suka membazir. Kalau ada benda yang boleh disimpan lagi, tok taruh lam peti dulu. Esoknya panaskan balik.

Tadi tu bab memasak. Ena perhati dan perhati lagi, lepas solat maghrib, Tok zikir habis habis. Lepas habis zikir dalam biliknya, Tok keluar bilik dan tengok tv. Berita. Sambil duduk atas kerusi, kat tangan Tok ada tasbih. Ingatkan dah habis tadi, tapi masih lagi terkumat kamit melafaskan zikir. Tok, pernah bagitau, Tok x pandai mengaji, baca Quran. Tapi Tok pandai zikir, jadi Tok zikir lah selagi termampu. Ena mengangguk angguk. Dalam hati ena fikir, hmm ' aku ni yang pandai baca Quran. Tapi zikir mana yang dirasakan perlu saja'. Ena fikir lagi, kalaulah ena tingkatkan zikir macam Tok, mesti lagi bertambah lagi pahala.

Petang petang ena bukakan radio TFM. Setiap petang ada ceramah ataupun mengaji. Kitorang dengar sama sama. Malamnya pulak, ena pasangkan surah surah yang ada dalam phone ena, Tok ikut ngaji  mana mana surah yang Tok ingat.

Jadi antum dapat lihat x sesuatu yang ena nak sampaikan disini. Selama ena menjarakkan diri jauh dari alam maya, ena banyak belajar dari Tok. Tak sia sia ena balik kampung. Betullah tindakan ena tu. insha Allah.

Tok sering sakit sakit semenjak dua menjak ni. Doakan Tok ena sihat walafiat hinggalah ke nyawanya yang ter akhir. Semoga Allah meredhai kehidupan Tok. Ena harap, hingga nyawa terakhir Tok nanti, Allah berikan kebahagiaan dan kasih Nya pada Tok. Tok lah satu satunya nenek ena sekarang. Dan satu satunya orang tua Abi. Tok lah yang membesarkan abi dari abi kecik lagi. Dia membesarkan abi sorang sorang dengan kudratnya tanpa insan yang bernama suami disisi. Suami tok yang abi ena pun x pernah mengenalnya telah meninggal dunia di Tanah Suci Mekah dan dikebumikan di sana. Masha Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah kerana datuk ena tu telah dipilih Allah untuk diberi hidayah. Datuk ena india muslim. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

Sampai disini saja perkongsian ena. Apa tujuan ena menaip atas ni? Tak lain tak bukan adalah untuk berkongsi apa yang baik yang ena dapat. Agar kita sama sama ambik iktibar dan jadikan teladan. insha ALLAH.

Sampai disini saja. Insha Allah jumpa lagi di lain post.

Ena.Binnabilhuda.

0 comments:

Post a Comment

Syukran :)

Jazakallah.

Ini yang kita inginkan.

Halwa uzunun :D

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP